Pengikut

Ahad, 17 Februari 2013

Kalau Orang India pun boleh sokong PAS, Orang Melayu Bukit Gantang Lu Pikir La Sendiri... - UIA

17 Feb 2013 : Bukit Gantang -- Seramai 9 orang dari kaum India dari Taman Kuning Sari Bukit Gantang malam tadi diketuai oleh Sdr Kana telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada Ustaz Idris Ahmad AJK PAS Pusat disini.

Majlis ringkas tapi meriah ini juga dihadiri Sdr Nali dan Sdr Richard Wong yang juga orang kuat didalam DHPP Perak dan Pusat,mereka turut menyampaikan ceramah menarik kepada hadirin.

Sebelum itu Ustaz Nordin Jaafar selaku YDP PAS Bukit Gantang juga turut menyampaikan ceramah isu semasa dan penyerahan borang-borang keahlian DHPP dilakukan sebelum Ustaz Idris Ahmad menyampaikan ceramah.

Kehadiran yang terdiri daripada penduduk setempat ini menampakan kelainan apabila mejoriti daripada masyarakat kaum India turut hadir beramai-ramai dimarkas PAS Cawangan Kuning Sari.

 Sebelum ini dikatakan Taman Kuning Sari adalah salah satu kubu kuat UMNO BN Bukit Gantang suatu ketika dahulu tapi kini telah lumpuh.

"Sekiranya orang India pun boleh menyokong PAS...orang-orang Melayu di Bukit Gantang...Lu pikir la sendiri" - ujar UIA diawal ceramahnya.

"Jika dahulu hanya orang melayu saja yang memperjuangkan Islam ditanahair ini, tapi kini keadaan teramat berubah, PAS diterima oleh segenap lapisan masyarakat, kemasukan ramai ahli DHPP ini membuktikan PAS khususnya Pakatan Rakyat sudah dipercayai boleh mentadbir negara ini dan diyakini sudah amat bersedia untuk semua itu"- UIA.

Ustaz Idris mewakil PAS Bukit Gantang mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli baru DHPP dan juga beberapa ahli PAS yang baru menyerahkan borang.
Sdr Kana (baju Kuning) mewakil ahli baru DHPP menyerahkan 9 borang kepada UIA
 Salah seorang dari ahli PAS (Kiri) menyerahkan borang keahlian kepada UIA,turut kelihatan   YDP Bukit Gantang,Sdr Nali dan Richard Wong.
..................................................

2 ulasan:

  1. Berapa orang India ada di Taman Kuning Sari. Aku penduduk kampung asal Kg Air Kuning bersaudara dgn Deris akan pastikan Pas berkubur di Bukit Gantang PRU 13 ini. Jika Nizar bertanding lagi, biar dia sengsara bertambah meroyan lebih lagi dari sekarang.

    BalasPadam