Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

Keris UMNO Taiping Terbakar

Sudah lama Orangni tengok bendera Keris Telanjang UMNO yang membalut pokok-pokok di tepi jalan  menghala masuk ke Kampung Expo Kemunting Taiping,laluan ini dipercayai menjadi jalan utama seorang blogger upahan UMNO Perak berulang-alik dengan motor chopper-nya ke tempat kerja.

Hari demi hari....bendera-bendara Keris Telanjang UMNO Taiping semakin pudar jadi lasam, begitu jugalah dengan keadaan UMNO Taiping sebenarnya yang turut jadi lasam,kusam dan masam...hahaha...

Tadi semasa lalu kat jalan ini terpandang bendera plastik Keris Telanjang UMNO seperti terkena api...mungkin terbakar atau mungkin juga kawasan Taiping ini cuacanya selalu hujan dan ribut petir...mungkin bendera keris telanjang tu kena petir.

Menurut seorang penduduk dilaluan jalan ini mengatakan sudah lama bendera plastik tu terbakar." Depa mana ada tenaga kerja nak tukar bendera tu...kalau nak tukar bendera tu pun kena main upah budak-budak" "La ni budak-budak tepen pun dah tak ramai kerja dengan UMNO,tu yang depa jadi susah tu"- kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak D.

Terbakar..!!! UMNO Taiping tiada tenaga kerja muda untuk tukar bendera 
Bendera UMNO merosakan permandangan
Papan tanda stesyen minyak ini juga dikatakan UMNO Taiping bising sebab  macam bendera PAS terpacak kat depan pejabat UMNO Kemunting.
Menurut sumber UMNO Taiping nak cabut papan tanda ini..?


Bila Orangni fikir-fikirkan... Kalau isu bakal calon pun UMNO Taiping masih bergolak macam perang dunia, lebih 6 nama calon yang nak bertanding, mana mungkin isu bendera UMNO mereka nak ambil peduli...haha...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan