Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013

Putera Mahkota Salman Buka Akaun Twitter


Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Salman telah membuka akaun Twitter pertama baginda pada 23 Februari lepas dalam bahasa Arab.  

Dalam post pertamanya baginda menulis "Ini adalah akaun rasmi dan kepunyaan Duli Yang Teramat Mulia Putera Salman bin Abdul Aziz Al Saud, Putera Mahkota Kerajaan Arab Saudi". 
Sesiapa yang boleh berbahasa Arab bolehlah ber-Twitter dengan Putera Mahkota Salman
Selepas tweet pertama ini, baginda telah memperolehi 200,000 pengikut. Jika anda ingin cuba berinteraksi dengan baginda bolehlah jadi pengikut Twitter baginda di @HRHPSalman.

Baru-baru ini sebuah syarikat konsultan sosial media yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi, The Social Clinic melaporkan dilaman webnya www.thesocialclinic.com,  Arab Saudi sendiri mempunyai lebih daripada tiga juta pengguna Twitter dan merupakan pengguna tertinggi Twitter di Timur Tengah dengan kadar pertumbuhan sebanyak 300 peratus tahun ke tahun.  

Mengikut laporan itu lagi, diantara 2011 dan 2012 bilangan pengguna Twitter dinegara tersebut meningkat sebanyak 3,000 peratus. Dianggarkan sebanyak 50 juta tweet setiap bulan dinegara berkenaan yang kebanyakannya dibuat dalam bahasa Arab. 

Keadaan ini telah menjadikan bahasa Arab merupakan bahasa paling pesat berkembang penggunannya di Twitter. Ibu Negara Arab Saudi sendiri iaitu  Riyadh berada didalam senarai 20 bandar teratas  yang mempunyai tweet terbanyak didunia.  

Menurut laporan itu lagi Arab Saudi juga merupakan pengguna Facebook tertinggi.

Sumber :- Al Arabiya News
...................................
Orangni: Andaikata sekiranya kebanyakan Raja-Raja Melayu membuka akaun Twitter atau Facebook senanglah juga rakyat berinteraksi dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan akan mendekatkan lagi rakyat dengan pihak Istana kerana tidak semua orang boleh mengadap Raja-Raja Melayu di Istana yang menjadi kawasan larangan.  

Keadaan ini juga boleh mengelakkan daripada pihak-pihak tertentu mengujudkan fan page untuk mereka seperti yang ada di Facebook sekarang ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan