- Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah. Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.
Sumber politik kejam dari UMNO BN |
..................................................
Kebenaran atau kebetulan apa yang berlaku di Negeri Di Bawah Bayu sekarang bukanlah suatu bualan mainan. Ini kerana berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara. Rakyat ditanahair ini pasti ramai yang berasa agak panik dengan suasana yang berlaku di Lahad Datu Sabah.
Episop konon-nya pencerobohan di Kampung Tanduo Sabah oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa dari 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu bermula dengan tajuk kecil di ruang-ruang media diseluruh negara kini sudah menjadi tajuk besar dan gempar hari ini dan esok mungkin bertambah gempak gempita lagi.
Tahap kepercayaan rakyat atas semua yang berlaku masih ditahap 50/50, bukan tidak percaya dengan dengan kejadian terkorban-nya beberapa anggota keselamatan yang dilaporan hari ini,tapi kepercayaan dari sudut lain atas urutan kejadian.
Ini disebabkan situasi tanahair yang bakal tersangat hampir untuk menghadapi tarikh yang teramat dinantikan rakyat iaitu Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).
Kebetulan atau mungkin kebetulan terancang masih dibayangi atas apa yang telah mewarnai tanahair dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini dan apa yang sedang berlaku sekarang.
Sejak bermula episop ini lagi sudah ada artikal-artikal dari blog pencacai haram jadah UMNO BN mula mengaitkan semua yang berlaku dengan Pakatan Rakyat. Hari demi hari dari apa yang berlaku di Sabah ini seolah-olah bahan utama perang UMNO BN dalam memerangi Pakatan Rakyat.
Episop Lahad Datu seolah-olah bakal menjadi letupan kuat pada negara yang dicetuskan oleh UMNO BN bagi meraihkan kembali undi dari rakyat dalam PRU 13 konon-nya merekalah "Hero" dan petualangnya Pakatan Rakyat.
Beberapa blog pro kepada UMNO BN sudah mula membuat letupan-letupan kecil dan sederhana mengatakan apa yang berlaku di Sabah adalah dari DS Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Pencacai-pencacai UMNO BN dilihat tidak menghargai tugas dan nyawa para anggota keselamatan yang terkorban dan ramai lagi yang berhadapan dengan bahaya dilokasi dengan mengaitkan semua ini dengan politik sempit dan boleh juga dikatakan politik kejam dari UMNO BN..!!!
Sungguh malang bagi seluruh rakyat tanahair ini seindainya keselamatan negara ini dijadikan skrip sebuah lakonan filem ngeri yang dilakonkan oleh anggota keselamatan demi kepentingan politik kejam UMNO BN.
Sekiranya kejadian di Lahad Datu ini satu ancaman "benar" kepada negara...janganlah dipolitikan oleh mana-mana pihak parti politik,jangan cetuskan politik kejam dengan membariskan nyawa anggota keselamatan.
Apa yang perlu ialah sokongan dan semngat kepada anggota keselamatan yang bertugas dan doakan keselamatan dan keamanan dilokasi kembali seperti sedia kala, bukan menuduh dan memfitnah mana-mana pihak membuta tuli demi kepentingan politik.
Orangni: Sentiasa berdoa dan berharap Negeri Dibawah Bayu kembali aman tenteram dan semoga anggota keselamatan yang bertugas dilokasi sentiasa dalam keselamatan yang baik.
Orangni juga turut mengutuk pencerobahan keatas tanah air ini sama ada terancang,dirancang atau apa-apa rancangan mengugat keselamatan negara dan berharap jangan dijadikan isu ini sebagai senjata politik kejam...... Takbir....!!!!!!
Orangni juga turut mengutuk pencerobahan keatas tanah air ini sama ada terancang,dirancang atau apa-apa rancangan mengugat keselamatan negara dan berharap jangan dijadikan isu ini sebagai senjata politik kejam...... Takbir....!!!!!!
..................................................
★★★
[KENYATAAN MEDIA]
Insiden Lahad Datu: Kenapa Kerajaan Ambil Mudah Isu Keselamatan Negara?
-Anwar Ibrahim
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
1 MAC 2013
INSIDEN LAHAD DATU: KENAPA KERAJAAN AMBIL MUDAH ISU KESELAMATAN NEGARA?
Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.
Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini? Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan