Pengikut

Isnin, 25 Februari 2013

Ust Kazim Pernah Jadi Bomoh Politik..?

Politik Bomoh dan Bomoh Politik kedua-duanya sama saja. Politik Bomoh adalah cara Tok Bomoh bermain politik dalam kerjayanya,manakala Bomoh Politik hanya popular dikala hampir berlaku pilihanraya dan ketikanya PRU atau  PRK. Orangi ni buka nak mengulas pasal kerjaya perbomohan ini,cuma ingin menyentuh kenyataan media hari ini yang bertajuk "Guna bomoh untuk menang pilihan raya".


Cerita orang politik menggunakan bomoh untuk memanjangkan karier politik mereka bukan sesuatu yang baru kerana sering diperkatakan sebelum ini.


Memang sukar untuk percaya dalam zaman moden ini masih ada pemimpin yang melakukan perkara-perkara seperti itu demi mencapai cita-cita politik, tetapi memang tidak mustahil ia masih berlaku.


Menariknya cerita Guna bomoh untuk menang pilihan raya inilah memaparkan pendedahan ringkas tanpa imbasan khusus kepada mana-mana individu ahli politik yang diwakili, konon-nya Ustaz Mohd Kazim Elias mendedahkan beberapa pemimpin parti politik pernah menemuinya untuk mendapatkan petua agar lebih disenangi rakyat.

Wah..!! Rupanya Ust Kazim pernah jadi tempat ahli politik tanahair minta khidmat petua macam Tok Bomoh... Hebat..!!!

Ust Kazim terima-kah permintaan ahli politik tersebut..????

Siapa pemimpin tersebut..????

Dari parti politik manakah pemimpin yang Ust Kazim maksudkan..UMNO,MCA,MIC,PPP,PBB,DAP,PKR atau PAS....?????

Bukan Orangni meragui kenyataan ringkas Ust Kazim tersebut, cuma amat perlu Ust Kazim bagi sedikit klu-klu siapa gerangan pemimpin tersebut. Jangan main cakap saja...hahaha....

Tak jadi hal rasanya kalau Ust Kazim bagi tahu siapa pimpinan tersebut atau bagi sindiran macam yang selalu Ust Kazim buat dalam siri-siri ceramah sekarang, sebut warna pun jadilah.....hahaha...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan