Pengikut

Selasa, 19 Mac 2013

Najib Gila Kuasa, Rakyat Gila Nak PRU..

KUALA LUMPUR - Membayangkan Barisan Nasional (BN) berpeluang mengekalkan kuasa, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berharap akan kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Beliau berkata demikian pada program Telekom Malaysia (TM) di Bangsar, hari ini. - Petikan SH.

Najib membayangkan bahawa bayang yang terbentuk diatas rumput kering depan Putrajaya akan beri peluang BN menang, itu baru bayangan Najib yang bertambah tidak tentu hala dalam mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya yang sudah masuk tarikh tamat tempoh.

Kalau cuaca menjadi gelap maka hilanglah segala bayang Najib atau jika cahaya terlalu kuat, maka terbakarlah rumput kering dan hilanglah semuanya...hahaha....

Kesian...kesian....Najib menyerlahkan perangai gila kuasanya disaat BN dalam keadaan nazak.

Harapan Najib untuk kekal jadi PM kalau-kalau-kalau BN menang adalah kenyataan yang menyedihkan dari mulut seorang PM yang bakal hilang jawatan PM.

Harap-harap pimpinan dalam PR tidak dijangkiti penyakit gila bayang dan gila kuasa seperti Najib. Kalau terperasan ada...silalah tinggalkan secepat mungkin,biar kita gila nak berPRU jangan gila bayang atau gila kuasa......hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan