Pengikut

Sabtu, 23 Mac 2013

SETUJUKAH...?? : DAP Bertanding Guna Tiket PKR Atau PAS Dalam PRU-13



GEORGE TOWN: Calon DAP akan bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
"Ini kerana kita bimbang serta tidak mahu calon DAP kucar-kacir, kerana tidak boleh menggunakan simbol parti untuk bertanding dalam pilihan raya. Kita juga tahu parti mungkin digantung sementara menunggu siasatan dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Karpal berkata DAP telah memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam siasatan berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan semua siasatan yang dijalankan perlu dilaksanakan secara adil.
“Semua usaha yang dibuat oleh ROS adalah memastikan setiap parti dibenarkan menggunakan simbol mereka pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.- MStar
....................................
Orangni: Teringat kata-kata "Kita Telah Bersetuju Untuk Bersetuju Antara Satu Sama Lain dan Kita Juga Telah Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju Antara Satu Sama Lain", dengan itu Orangni bersetuju antara satu sama lain dalam isu berkemungkinan DAP bakal digantung dan hasrat DAP sekadar mengunakan tiket PKR atau PAS bagi tujuan yang kita telah persetujui iaitu bersetuju bersama-sama untuk menghalau UMNO BN dari Putrajaya...wajar dipersetujui hasrat DAP tersebut...!!!
Orangni juga teringat Kata Cikgu berunifom biru - "PRU-13,keadaan makin-makin suntuk,Najib makin takut,gelisah dan keluh kesah....macam-macam boleh dibuatnya...sesuatu benda yg tak masuk akal pun akan boleh dibuatnya.." Orangni tanya semula " Sesuatu apa  agaknya...???". Jawapanya - "Salah satunya....mungkin Nuar di gari......,mungkin itu dan mungkin ini....."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan