Pengikut

Khamis, 16 Mei 2013

Antara yang banyak dan sikit Kabinet Blackout Najib

Barisan Kabinet Blackout Najib baru telah pun diumumkan semalam dan malangnya, ia disambut dengan keluhan (oleh puak UMNO BN sendiri). 

Dunia UMNO BN seolah-olah terhenti seketika, sunyi, seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini. 

Apabila keadaan terlalu senyap, penyokong UMNO BN menjadi gelisah. Apatah lagi apabila mereka (UMNO BN) melihat Pakatan Rakyat turut senyap seolah-olah 'merestui' kabinet Blackout Najib baru yang dilantik. 

Aik..?? Kenapa jadi begini..??

Sedangkan Pakatan Rakyat yang UMNO BN kenal selalunya tidak merestui apa-apa yang UMNO BN lakukan sebelum ini. 

Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi BN dalam PRU-13 kerana terlalu takut dengan keadaan ini, ada yang tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu PR walaupun tidak  menang, atau sekadar membantu BN menunda kemarahan UMNO BN yang menang tapi tersiksa? 

Entah kenapa, majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba 'memberi muka' dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet blackout Najib ini adalah yang terbaik.

Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru. 

Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang kejatuahn BN terlalu tinggi dengan barisan kabinet Blackout ini. 

Ini tidak menghairankan kerana rakyat  semua sudah 'terbiasa' dengan pemerintahan penuh tekanan dan lakonan Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima semua itu sekarang ini. 

Apapun telah dipopularkan oleh jentera hitam karat UMNO bahawa Tun Mahathir-lah yang telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar, konon-nya berani mencabar Zionis,konon-nya lantang menghentam Soros, pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara,konon bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia. 
Hakikat sebenarnya semua itu adalah retorik untuk berkuasa dari seorang yang bernama Mahathir.

Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia seolah-olah digambarkan hanya di zaman Tun Mahathir saja muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah. Sejarah kegemilangan Melayu era Hang Tuah sudah dipadamkan oleh UMNO BN kerana taksub kepada Mahathir. 

Sehinggakan sekarang puak tegar pengikut Mahathir masih inginkan beliau berada disinggahsana  kuasa di Putrajaya. Mereka mempertikaikan jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan pimpinan UMNO BN sekarang di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan. 

Kenapa? 

Tidak lain tidak bukan ialah pada tanggapan penyondol tegar Mahathir mengatakan kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus 'terbalik' dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas. 

Teori-nya, pencinta Mahathir dilihat mahu menaruh harapan yang tinggi agar keadaan 'diterbalikkan' semula sepertimana zaman Mahathir kembali. 

Udah macam goreng ikan jer...nak bagi masak_ diterbalik-balikan....hahaha...

Dan sekarang Barisan Kabinet Blackout Najib dilihat dan dipercayai akan gagal menterbalik-balikan seperti yang diharapkan. Maka alamat hanggitlah ikan sebelah-lah yang digoreng.

Kini apa yang Melayu UMNO mahu..??? Semuanya terpulanglah kepada mereka-mereka yang dilantik oleh Najib untuk memastikan resah dan gelisah mejoriti penyokong UMNO BN  itu tidak bertukar menjadi menyampah kepada barisan blackout Najib.
Antara yg banyak dan sikit...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan