Pengikut

Jumaat, 8 November 2013

Leman Terima Tapi Akmal dan Idris Tolak Pencalonan Jawatan PAS Pusat 2013-2015

Ustaz Mohd Akmal tak bertanding jawatan Exco DPPM
Mohon maaf kepada pemuda kawasan yang mencalonkan ambe untuk bertanding jawatan exco DPPM sessi ini.
Dengan rendah diri ambe menolak pencalonan tersebut.

Terima kasih juga atas kepercayaan yang diberikan.
- Ust Mohd Akmal Kamaruddin (Timbalan Pemuda PAS Perak) 

Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak) akan bertanding jawatan Exco DPPM
Bismillahirohmanirohim..

Dengan nama Allah yg maha berkuasa lg maha penyayang
Hamba memutuskan menerima pencalonan untuk jawatan Exco pemuda pas pusat, borang dan jawapan dah hamba serahkan memandangkan harini adalah tarikh yg terakhir.
Oleh kerana jumlah pencalonan banyak dari kawasan2 yg menaruh harapan kpd hamba untuk bertanding jawatan ini, hamba terima dengan dengan nama Allah.bkn jawatan yg hamba pinta tetapi ianya datang tanpa diduga, bg memenuhi suara anak muda dan rakyat marhaen , hamba bertanding dalam bentuk demokrasi.ini adalah kali pertama hamba bertanding dalam parti dan akan mengukir pengalaman dalam memasuki dunia politik.
Kalah menang adalah adat dalam pertandingan.hamba tak mahu mencipta musuh dan hamba juga tak bermusuh dengan sesiapa.hamba tetap hamba Allah yg sentiasa menjalankan amanahnya.

Terima kasih kpd kawasan yg menaruh harapan tinggi kpd hamba..

sekian wasalam dalam salam perjuangan

Sulaiman ibrahim
( leman RL)
●Ajk dppks
●Anak angkat Parlimen Sik
●Presiden Ngo PANGLIMA malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan