Pengikut

Rabu, 6 November 2013

Leman Raja Lawak Batuk Muntah Darah


alhamdulilah..hamba dah beransur pulih, semalam bonda hamba beri air penawar sementara waktu..batuk dan muntah darah dah berkurang- FB Leman Raja Lawak
Semalam memang Orangni ada terima berita dalam whatsapp  mengatakan Leman RL batuk dan muntah darah.

Risau juga berita ini, jadi Orangni ada cuba beberapa kali hubungi Leman RL melalui telipon tapi tidak berjawap. Semoga Leman RL kembali sembuh dari sebarang musibah dan penyakit serta bersabar dengan ujian Allah.

Dalam masyarakat melayu ni kalau cerita pasal batuk dan muntah darah selalu akan dikaitkan terkena ilmu hitam atau santau dari mereka yang busuk hati,dengki atau khianat.

Apapun sebagai orang Islam kita tak mahu menuduh melulu dan tak mahu mendatangkan fitnah. Dan sekali lagi diharap semoga Leman RL sentiasa tabah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan