Pengikut

Selasa, 19 November 2013

Wajah isteri suspek utama kes bunuh pegawai Ambank yang di penjara 6 bulan

ISTERI suspek utama kes bunuh pegawai Ambank, Helpia, 35, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh.
PETALING JAYA 19 Nov. - Isteri pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang didakwa membunuh pegawai AmBank Subang Jaya, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, juga warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lepas, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Helpia didakwa tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan memohon hukuman ringan, Helpia yang tidak bekerja memberitahu dia mempunyai tiga orang anak termasuk dua anak yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia.

La Ode Ardi Rasila, 36,(Gambar kecil) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan kepada seorang pegawai Ambank Subang Jaya, bulan lepas.-  - BERNAMA

1 ulasan: