Pengikut

Khamis, 13 November 2014

Terbongkar : Antara kegerunan musuh terhadap Presiden PAS

Assalamualaikum wrt wbt
Saya berpeluang bermusafir ke Jordan dan Mesir dengan beberapa orang sahabat baru-baru ini atas tujuan dakwah dan tarbiyah. 
Di Jordan kami menghadapi sedikit masalah dengan Mukhabarat atau Perisikan di sana.
Tidak jelas kepada kami awalnya akan punca masalah tersebut. Adakah kerana kami dari Parti Islam SeMalaysia (PAS)? Sebuah parti politik berdaftar dan sah di negara Malaysia? 
Tapi apabila salah seorang dari kami ditahan dan disoal siasat selama 10jam bersendirian, baru kami jelas sebabnya iaitu ; Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH)! 
Kerana yang ditahan dan disoal itu ialah anak beliau dan banyak soalan juga berkaitan dengan TGHH.
Rupanya, menjadi anak TGHH juga menjadi satu ancaman kepada Kerajaan Jordan? 
Pengalaman itu mengajak saya merenung jauh...alangkah takutnya musuh-musuh Allah dan konco-konconya kepada pengaruh dan ketokohan TGHH sehingga anaknya pun diberi amaran agar tidak lagi datang ke bumi Jordan. 
Sebab itu kuat perasaan saya merasakan bahawa serangan bertali arus, dari pelbagai pihak di Malaysia kepada peribadi TGHH... samaada dari luar dan dalam PAS atau dari luar dan dalam Pakatan Rakyat... di atas ketegasan TGHH memelihara prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS... tidak mustahil ada berkaitan dengan agenda musuh-musuh Islam ingin menjatuhkan kredibiliti TGHH dan seterusnya merosak dan melemahkan PAS. 
Jika benarlah kiranya begitu, mari saya tegaskan.. bagi kami ribuan anak-anak muda PAS,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan sekadar Presiden PAS, Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia dan Tok Guru kami....
DIA ADALAH AYAH DAN KECINTAAN HATI KAMI!


5 ulasan:

  1. gerun???? kah kah kah..... mimpi je la....

    BalasPadam
  2. Tuan

    Saya bersimpati dengan apa yang sdra alami di Jordan. Saya juga menghormati kasih sayang sdra kepada TGHH melebihi dari jawatan yang beliau pegang. Begitulah sepatutnya kita menghormati TGHH sebagai seorang ulamak secara peribadi.

    Namum begitu apa yang sering dikritik ialah TGHH sebagai pemimpin politik dan kepimpinan beliau sebagai Presiden PAS, s3buah parti Islam yang bergerak diatas landasan.

    Ini yang perlu kita fahami dan dapat membezakan antara tanggungjawab sebagai pemimpin s3buah parti Islam dengan TGHH sebagai seorang ulamak yang mempunyai ilmu yang jitu. Perbezaan ini perlu kita buat tanpa emosional kerana perjuangan Islam itu jauh lebih penting dari kekaguman berasaskan diri individu.

    Dalam percaturan politik baru hari ini, kepimpinan TGHH s3bagai Presiden PAS sudah sampai kepada peringkat sudah menjadi satu liabiliti kepada PAS dalam perjuangan mendaulatkan Islam.

    He has reach his end of the road as far as being a pemimpin utama PAS. Pun begitu kita tidak boleh menidakkan jasa-jasa beliau selama ini dalam pe4juangan PAS dan Islam yang b3gitu besar.

    Satu perkara yang perlu kita faham, jawatan Presiden PAS bukan seperti jawatan Presiden parti-parti sekular yang terdapat didunia ha4i ini. Jawatan Presiden PAS adalah satu amanah ugama yang besar.

    Dengan kesihatan beliau yang tidak menentu s3karang, adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden kerana ia akan menjejaskan amanah jawatan itu sendiri.

    Kita mesti ingat bahawa kemampuan manusia itu ada hadnya. Apabila ia telah sampai kepada hadnya, kebaikan yang diharapakan selama ini akan l3bih membawa kepada liabiliti. Itu fitrah manusia.

    Soal siapa yang akan menganti TGHH sekiranya beliau melepas jawatan bukan lagi menjadi tanggungjawab b3liau. Ia adalah tanggungjawab kepimpinan selepas beliau.

    BalasPadam
  3. Takut dia ada bawak pil kuda atau BMW recond.Sudah lah na muntah kisah Hadi.Dia boleh duduk dgn Buntal Velfire dan Nik Abduh duduk di Pulau Jerjak.Hasang Ali boleh jadi Khadam

    BalasPadam
  4. Dia pakai kain pelekat jual roti canai sudah lah.Kalau jadi PM takut satu penggal dah kena penggal.

    Alamak pakai akal.Nik Aziz lebih berpengaruh, kenapa lantek Hadi.Mereka na Hadi duduk diam dan jauhi politik Malaysia.Dia liability kpd PAS.Hadiah saguhati buat Hadi dan berundur

    BalasPadam
  5. Memang kelakar betui...ada yang suka sangat berangan-angan ni...nak keras perut kami ketawa..

    BalasPadam