Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Ketua UMNO bahagian.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua UMNO bahagian.. Papar semua catatan

Sabtu, 30 November 2013

Kazim Elias digelar "TOK GURU TEROMPAH" oleh Mantan KB UMNO Bukit Gantang

Saya mengucapkan "TAHNIAH" kepada Peresiden UMNO Malaysia yang telah melantik Ahli Agama sebagai MT tambahan. Tahniah kepada Ustaz Qazim Elias Al Hafiz moga dapat merperjuangkan soal agama dari dalam. Tapi percayalah akan ada kumpulan yang akan berkata "TOK GURU TEROMPAH". - FB Rosli Husin mantan ADUN Terong
Dalam para macai-macai UMNO Munafiqkun dok sibuk ucap tahniah,syabas dan macam-macam kata penghargaan kat Kazim Elias sempena dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam,rupanya ada juga sorang mantan YB ADUN Terong yang juga mantan Ketua UMNO Bahagian sempat ucap tahniah disamping menyindir Kazim Elias sebagai "TOK GURU TEROMPAH".

Konon-nya bakal ada kumpulan yang akan berkata "TOK GURU TEROMPAH" kat Kazim Elias....hahaha... nampaknya belum sempat orang lain atau orang luar dari UMNO gelar Kazim apa-apa lagi,Rosli Husin dah agak Kazim bakal terima gelaran amat busuk ini iaitu sebagai "TOK GURU TEROMPAH".

Korang tahukah apa maksud "TOK GURU TEROMPAH"..???

Maksud tersiratnya macam ni.... korang tentu pernah pegi ke mana-mana tandas awam,tandas surau atau tandas masjid...kasut terompah kayu amat popular disediakan untuk digunakan untuk masuk tandas dan tujuan masuk tandas..sebab masuk tandas tak perlulah Orangni nak ulas...hahaha...

Selesai urusan dalam tandas...kayu terompah kayu ini akan ditinggalkan setelah selesai tugasnya menjadi alas kaki untuk membawa seseorang untuk urusan melepaskan bahan buangan...hahaha...

Kasut terompah kayu hanya jadi alas kaki untuk masuk dalam tandas saja_dah selsesai hajat ditandas terompah tidak digunakan lagi.

Haaa...Faham tak lagi..?? Macam tu lah maksud busuk yang tersirat untuk gelaran "TOK GURU TEROMPAH" didalam UMNO.

Orang macam Kazim ini hanya akan jadi alas kaki bagi puak pemimpin UMNO Munafiqkun dalam isu agama,setelah selesai mempertahankan mereka,menjawap segala isu dalam hal agama semata-mata untuk kepentingan diri,sepertimana terompah kayu menjadi alas kaki seseorang dari terpijak bahan najis dalam tandas,maka ia akan ditinggalkan dan akan digunakan bila keperluan untuk hajat membuang najis sahaja.

Orangni bagi satu contoh Kazim akan menjadi "TOK GURU TEROMPAH",andaikata ada soalan atau isu mengenai seorang isteri PM yang suka menjojolkan rambut (mendedahkan aurat) maka jawapan pasti isteri PM tidak salah,PM tidak salah dan UMNO itu tidak salah dengan jawapan-jawapan yang direka oleh Kazim malah pihak yang mempertikaikan isteri PM pula akan salah kerana mempertikaikan...itulah "TOK GURU TEROMPAH" didalam UMNO Munafiqkun. Selamat menjadi "TOK GURU TEROMPAH" sebagai alas kaki puak pemimpin UMNO kepada Kazim diucapkan....hahaha....




Sabtu, 9 Mac 2013

Ustazah Midah Doakan Nizar Semoga Bertaubat - Ustaz Kazim Bangga

Sejak beliau menjemput bebebeberapa kali-kali Ustaz Kazim Elias berceramah di sekitar jajahan politiknya di Sungai Rapat Perak dan isu kandungan ceramah Ustaz Kazim telah ditetapkan oleh YB Hamidah unsurkan politik, dilihat YB Dato Hamidah macam dah ditauliahkan menjadi Ustazah Pilihan yang diluluskan Ustaz Kazim Al-Hafrak...hahaha...

Ustazah Jadian Midah dalam Tweet-nya mendokan  YB DS Nizar bertaubat kerana dunia ini sementara je. Midah ni tak henti-henti menbuat konterversi dalam Perak untuk mancari publisiti termurahnya dalam dunia politik yang penuh kehitaman di Perak.

Ustaz Kazim pula sekarang memang mengalak gila berceramah diserata pelusuk negeri Perak dek kerana kat negeri lain dah kurang laku sebab dah tahu tembelang ceramah politik-nya dipentas ceramah ugama. 

Kalau ada jemputan dari luar Perak pun hanya sebilangan amat kecil jumlahnya tidak seperti dulu yang mana jadual Kazim Al-Hafrak amat padat dan sekarag amat kureng.

Tak lama lagi mungkin Ustaz Kazim akan bergandingan dengan Ustazah Midah berkongsi pentas berceramah politik di-atas pentas ceramah ugama.

Terkini dikatakan UMNO Bahagian Taiping dibawah Ketua Bahagianya Dato Shalimin Chivas12  telah menjemput Ust Kazim untuk konon-nya berceramah ugama di tapak pasar malam Kemunting pada pertengahan bulan ini. 

Bagaimanapun sudah menjadi sifat munafik UMNO Taiping yang pakar menyembunyikan penglibatan dalam hal jemput Ust Kazim, dikatakan telah menukar tanggungjawap pengurusan ceramah Kazim ini kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ini pun sebenarnya UMNO BN juga cuma nama-nya saja di munafik-kan...hahaha...
Bukti..!!! Salahsatu banner ceramah politik Kazim Al-Hafrak dikawasan Ustazah  Midah 
Khabarnya semua ketua UMNO Cawangan di Taiping dah dikerahkan  kumpul nama ahli untuk dipunggah upah ke ceramah Kazim Al-Hafrak di Kemunting nanti.

Sabtu, 3 November 2012

Ketua UMNO Bahagian Taiping di ketawakan Ketua Bahagian seluruh Perak


Al-kisah  2 hari lepas satu mesyuarat bulanan Perhubungan UMNO negeri Perak dah berlansung di bangunan UMNO  Ipoh Perak…biasa la UMNO mesyuarat memang berkali-kali,sebab ada metting ada masyuk untuk poket sendiri…tapi apa yang di mesyuaratkan perlaksanaanya habuk pun tarak.

Dalam mesyuarat ini dikatakan para ketua-ketua bahagian UMNO membawa dokumen berkaitan laporan aktiviti dibahagian masing-masing untuk dipersembahkan kepada pengerusi mesyuarat memanda Menteri Besar Perak yang tidak halal.

Sebanyak 24 laporan aktiviti  Zamry terima…Sorang demi sorang Ketua UMNO Bahagian memberi laporan tersebut dengan pelbagai gaya persembahan,ada yang gaya bodek,ada yang gaya tiada syahwat dan sebagainya.

Menurut sumber  diantara bahagian UMNO yang dikatakan paling banyak aktiviti ialah dari YB Rosli dari DUN Terong,sampai naik boring para ketua-ketua Bahagian lain dengar YB Rosli terong  merepet-repet baca laporan,maklumlah YB Rosli sekarang terumbang-ambing  di Terong dalam isu calon PRU, bikin laporan hebat-hebat la….tapi auta saja semua tu..…hehehe…

Tapi malang  bagi Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Hj Shalimin yang dikatakan membawa laporan aktiviti yang paling terendah jumlah aktiviti dalam bahagian,khabarnya hanya 2 ke 3 program saja yang dilaporan Shalimin dalam laporan tersebut.

Menurut sumber lagi berikutan  kelemahan dan kekurangan dari  laporan jumlah aktiviti  Shalimin ini,telah dijadikan bahan ketawa,sindir menyindir antara ketua bahagian selepas selesai mesyuarat .

Persoalanya sekarang kenapa keadaan ini berlaku..?? Adakah sabotaj terhadap Ketua UMNO Bahagian Taiping masih berlarutan berikutan permainan politik nak jatuhkannya oleh orang-orang UMNO diTaiping..?

Benarkah Shalimin tiada aktif dalam membuat  program  di Taiping??

Tapi aku tengok ada aktiviti Shalimin di Taiping,tak percaya tengok sini .

Adakah orang-orang disekeliling Shalimin sendiri yang berkomplot nak humban-nya keluar dari UMNO Taiping…?

Usaha jatuh menjatuhkan dikalangan pemimpin UMNO sendiri memang biasa sesangat…jadi wajarlah UMNO di singkirkan dari peta politik tanahair ini.

Kelihatan ketua-ketua UMNO bahagian dok bergelak ketawakan Shalimin diluar bangunan UMNO Perak...
korang nak tumpang gelak pun boleh.....hahahaha...