Pengikut

Selasa, 3 Julai 2012

[ Terkini ] Rahmat Ekamatra bakal jejaki artis sertai PAS...?


Pusara Dilebuh Raya nyanyian Rahmat dari kumpulan rock tanahair amat popular suatu masa dahulu. Kini penyanyi kumpulan tersebut telah berubah konsep penampilan diri dari seorang rockers kepada seorang penyanyi berwajahkan dakwah bercirikan islam,dengan mengenakan jubah dan berkopiah Rahmat mengakui terpaut hati dengan keperibadian Rasullullah setelah terbaca sebuah buku serta dipelawa menyertai kuliah ugama oleh beberapa orang rakan.

Beliau akan teruskan bidang nyanyian namun konsepnya berubah kepada yang berunsur dakwah dan kerohanian Islam ujar beliau ketika muncul dalam sebuah rancangan dikaca TV pada 4 July 2012.

Sejak kebelakangan ini dilihat seperti suatu fenomena baru dalam dunia artis tanahair yang mana penghijrahan artis menyertai perjuangan parti politik seperti PAS semakin menjadi pilihan. Nama-nama seperti Iwan,Bob Lokman,Abby Abadi,Sham kamikaze,Aishah,Man Rajalawak dan banyak lagi serta yang terbaru pelakon terkenal Hairie Othman. Adakah Rahmat Ekamatra juga bakal bersama rakan artis menyertai PAS bagi mengimarahkan lagi perjuangan Islam ditanahair ini? Sama-samalah kita doakan semoga Rahmat Ekamatra dapat membuat keputusan terbaik untuk perjuangan islam ditanahair ini.

2 ulasan:

  1. mamat ni pernah join jemaah tabligh tp setelah nyanyi semula dan popular dia kembali kpd asal moga2 lepas ni akan terus berubah kpd kebaikan insyaAllah

    BalasPadam
  2. Ramai artis tanahair sekarang sudah berubah...cuma ada sesetengah yg masih tidak ada kekuatan untuk serlahkan diri..

    BalasPadam