Pengikut

Khamis, 11 Oktober 2012

Ahli Parlimen UMNO diarah sumbat ke PENJARA



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam DatukAbdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas. 
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.  - 
- Bernama
  
Bila kuasa BN semakin lemah dan hilang.... satu persatu spesis Bijak Nipu akan menikmati kehidupan di penjara gara2 amalan menipu yang mereka amalkan untuk menikmati kekayaan dan kemewahan hidup semasa berkuasa.

Inilah yang rakyat akan lihat pada hari2 mendatang. Kerana itu rakyat bersedia untuk membuang kuasa BN sebagai pemerintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan