Sebelum ini banyak sudah
pendedahan demi pendedahan mengenai isu kolam udang HARAM yang dipercayai
kepunyaan Koperasi UMNO Bukit Gantang didedah.
Dengan kerjasama penduduk Kampung Dew,SAM,JAS dan Mediamassa kerja membongkar isu kolam udang HARAM telah berjaya dibongkar.
Lokasi kolam udang HARAM ini ialah
di Kampung Dew didalam DUN Kuala Sepetang Parlimen Bukit Gantang.
Penduduk kampong Dew dilaporkan telah diperdaya sejak sekian lama dek
kerana projek haram ini,yang mana tapak lokasi kolam ini dahulunya dijanjikan
oleh pemimpin UMNO disini untuk diberi kepada penduduk kampong sebagai lot
kediaman,namun telah ditukar kepada projek kolam udang HARAM.
Projek kolam Udang Haram ini juga telah menyebabkan tarikan pelancongan
di sepanjang sungai ini yang dahulunya kaya dengan panorama Kelip-Kelip diwaktu
malam menjadi merosot.
Ini semua kerana kerja penebangan pokok “Berembang” yang menjadi tempat habitat Kelip-Kelip telah 80% musnah
disebabkan kerja-kerja membesarkan kolam udang HARAM.
Namun tiada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh PBT disini.
Kini YBhg Dato Seri Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang mendedahkan di
dalam Dewan Parlimen…
Tuan punya kolam udang ini yang didakwa Koperasi UMNO Bukit Gantang pasti
akan terkedu dengan pendedahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan