Akhbar The Star muka 4 -8hb mei 2013 memaparkan ramai kepimpinan MCA melepaskan jawatan dalam semua sektor yang melibatkan kerajaan, antaranya JKKP, Lembaga Hospital, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan sebagainya. Seolah-olah seluruh MCA bakal terjadi sesuatu yang amat luar biasa.
Kenapa..?? Semua jawatan semakin di lepaskan oleh mereka.
Apakah yang sebenarnya mahu disampaikan oleh mereka. Adakah ianya memberi kesan positif atau sebaliknya terhadap UMNO dan Najib.
Apa sebenarnya berlaku? Adakah MCA sedang melakukan transformasi atau sebenarnya membebaskan diri mereka untuk memulakan kritikan terhadap Barisan Nasional terutamanya UMNO yang sekarang para pemimpin dan media massa belaan UMNO yang semakin rakus memainkan isu menghentam cina..?
Adakah politik perkauman yang dimainkan UMNO akan makan tuan..?
Cina tetap cina, baik DAP atau MCA, idealogi politik mereka mungkin berbeza,tapi dari rumpun bangsa yang sama. Kemungkinan MCA bertambah panas telinga dengan keculaparan menghina bangsa cina oleh UMNO.
Tidak mustahil...MCA akan menjadi sejarah bersama UMNO didalam BN, ucapan selamat tinggal BN dari MCA mungkin penamat cerita perkauman yang didendangkan UMNO sekarang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan