Kenyataan DS Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa PRU 13 adalah tsunami Cina, merupakan kenyataan orang yang pendek akal.
Sebenarnya inilah modal Umno BN yang menjadi senjata untuk mengekalkan kuasa di dalam PRU 13. Umno sudah tepu idea untuk membangunkan supaya rakyat sejahtera, akhirnya yang ada modal ugutan dan fitnah kepada pihak lawan.
BN melalui Biro Tatanegara telah menanamkan dokrin untuk menakutkan pegawai kerajaan dengan fitnah jahat kepada Pakatan Rakyat.
Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon Pas, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu.
Umno ketinggalan keretaapi
Isu Melayu terancam menjadi modal Umno kepada Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat. Umno berjaya memutar belit isu ini kononnya Dap mengancam Islam dan menghina Islam.
Media Umno berjaya memadamkan penghinaan pemimpin Mca terhadap Islam.
Seperti kenyataan pemimpin Mca yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri.
Mana bukti..??
Mana pula bukti Dap yang dituduh rasis menghina agama sepanjang Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang.
Umno cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding kepada orang lain.
Sebab itu Melayu yang berfikir menolak Umno. Kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka.
Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir?.
Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen?.
Siapa yang menindas Kelantan ?.
Siapa yang menjadikan Melayu miskin?.
Siapa yang menjadi Melayu banyak terlibat dadah?.
Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid?.
Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?.
Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya.
Pengundi Cina Tolak BN, Bukan Tolak Melayu.
Idris Hj Ahmad
9/5/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan