Pengikut

Khamis, 9 Mei 2013

PAS Akan Lalui Pembersihan Selepas Ini

PAS tidak tamakkan kemenangan dengan bandingan usaha yang telah dibuat.Usaha adalah tanggungjawab. 

Menang kalah adalah hadiah. Bila kita kalah bermakna kita tak cukup bijak menghadapi muslihat lawan.

Bila kita marah setelah kalah bermakna kita tak bijak menghadapi musibah yg menutup pintu muhasabah.

Tidakkah kita nampak dalam PAS hari ini terlalu banyak kehendak duniawi?

Sehingga persepsi kemenangan mengatasi rukun qadha' dan qadar ALLAH.

Maka usaha perlu dibuat untuk mematuhi kehendak asal dasar perjuangan parti.

Pernah disebut oleh TG Haji Hadi, macam-macam orang ada dalam PAS dan mereka diterima, dengan syarat mereka kena mengikut cara PAS.

Bila manusia lupa kena diingatkan, bila ada penentangan maka kita perlu berdepan sehingga yang salah kembali kepada kebenaran.

Dalam perjuangan PAS TG Presiden pernah melafazkan bahawa biarlah kita kalah dari kita menggadaikan Islam.

Maka fahamilah bahawa dalam perjuangan Islam tidak ada konsep individu melainkan UMMAH.

Kalau benar (melalui cerita yang didengar) selepas ini ada proses pembersihan, saya amat menyokong, kerana ada diantara ahli PAS yang telah mengibarkan panji-panji ditempat yang salah.

Sahabat seperjuangan, percayalah bahawa setiap perjuangan ada tuhannya, dan PAS berjuang kerana ALLAH. Dan untuk memahami kehendak ALLAH, ulamaklah pemimpin yg sesuai utk PAS. - FB Mohd Hakim bin Lokman.

1 ulasan:

  1. wa pon menyokong penuh aktiviti cleansing ni jika ada, parasit2 dlm pas perlu diracun.

    BalasPadam