Suasana cemas berlaku di Perak, lambat keluar keputusan dipusat penjumlahan undi.
Di Taiping ,Bukit Gantang dan Selama pun lambat keluar,seolah-olah
ada sesuatu yang agak pelik akan berlaku
UMNO Kemunting melompat gembira di luar dewan MPT apabila
calon takut bini mereka Zahir menang.
Walaupun UMNO BN Taiping gagal menewaskan calon Pakatan Rakyat
bagi Parlimen Taiping ,DUN Aulong dan Pokok Assam, UMNO
Kemunting tetap bergembira malam tadi tapi dilihat wajah Zahir
dan orang-orang kuat sekelilingnya macam susah nak senyum.
Walaupun UMNO BN Taiping gagal menewaskan calon Pakatan Rakyat
bagi Parlimen Taiping ,DUN Aulong dan Pokok Assam, UMNO
Kemunting tetap bergembira malam tadi tapi dilihat wajah Zahir
dan orang-orang kuat sekelilingnya macam susah nak senyum.
Suasana tegang juga berlaku di Dewan Bunga Raya Changkat Jering,
kerana ramai penyokong UMNO BN berhimpin sehingga
mengganggu kenderaan atau konvoi yang membawa peti undi
untuk dikumpulkan di sana.
Suasan cemas juga berlaku di Kediaman Menteri Besar. Pihak
media juga cemas terutama media dari akhbar melayu, media cina
dilihat tidak sabar untuk menyambut berita kemenangan
tipis senipis kulit bawang bagi BN Perak.
Cuma dalam suasana tenang itu adalah dua tiga ekor yang
akhirnya terjerit-jerit suka bila keputusan memihak kepada
BN dengan keputusan tipis.
Apakah mereka seronok kerana boleh berada di SUK lagi,
apa mereka seronok kontrak mereka disambung lagi, apa
merekaa seronok kerana kejayaan BN, apakah mereka
berkata kejayaan BN adalah hasil usaha mereka?
Jika itu jawapannya ternyata mereka silap kerana BN Perak
gagal menang 2/3 dan mereka jangan bangga lah dengan 31 kerusi.
Sebilangan ahli UMNO yang setia masih bersedih dengan
keputusan malam tadi, bagaimana ada juga ahli UMNO
boleh selamba badak seronok bagai nak rak..?
Orangni dan crew yang berada di berhampiran SUK
pada awal pagi melihat bagaimana bangunan sekitar
SUK dikawal dan dikepong dengan amat ketat dari dihampiri
oleh mana-mana pihak.
Seperti sekitar SUK Perak semalam ibarat di-jajahan
pihak zionis setelah dirasmikan SPR BN Perak menang
tipis.
Semua laluan masuk ke SUK ditutup oleh pihak Polis,
hinggakan petugas bagi Pakatan Rakyat hendak memasuki
bangunan sendiri pun tidak dibenarkan.
Sedangkan bangunan PAS,DAP dan PKR adalah bangunan
berasingan dengan SUK Perak.
Mengapa mereka harus takut petugas PR masuki premis sendiri..??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan