Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

1 Mac Selamat Ulang Tahun ke 79 TDM

Saban tahun tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh bersejarah kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Bermula dengan penubuhan 1 kompeni percubaan pada 1 Mac 1933 maka kini Tentera Darat berbangga dan terus yakin pada usia 79 tahun untuk terus berbakti kepada Negara tercinta tanpa mengira kepentingan diri.

Organisasi keseluruhan Tentera Darat adalah satu aset penting dalam pertahanan sesebuah negara. Demi menjaga keselamatan perbatasan sempadan darat negara dari diganggu gugat oleh anasir jahat dan pecerobohan sempadan. Tentera Darat mempunyai rentesan sejarah perjuangan yang panjang dalam negara ini dan segalanya tiada penghujung dalam mencurahkan bakti yang mulia terhadap agama dan negara ini.

Penulis mengucapkan selamat berjuang dengan semangat gagah setia kepada semua warga Angkatan Tentera Darat Malaysia ( TDM )  yang berada diseluruh tanah air dan diserata pelusok dunia demi menjalankan amanah dan tugas yang mulia. Pembabitan TDM  didalam masyarakat awam di negara ini sejak sekian lama telah menyerlahkan lagi kefahaman masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawap seorang yang bergelar tentera darat ditanah air ini.

Jesteru itu segala sumbangan bakti yang dicurahkan perlu dihargai oleh setiap rakyat serta pihak kerajaan Pusat terhadap setiap lapisan anggota tentera khususnya TDM ini yang amat wajar di beri keutamaan, Jika seseorang itu dari anggota Lain-Lain Pangkat (LLP),anggota tersebut telah menghabiskan usia awal remajanya hingga ke umur diantara awal 40 tahun barulah bersara wajib dari perkhidmatan begitu juga dengan dendan anggota Pegawai tentera yang akan bersara hingga umur mencecah  55 tahun.

Apa yang menariknya Angkatan Tentera adalah satu-satunya organisasi dalam kerajaan  yang mewajibkan anggotanya sertai “krusus peralihan” sebelum menamat perkhidmatan (Organisasi kerajaan lain Tiada ).Ini kerana setelah menceburi dunia ketenteraan seseorang itu sudah beralih corak kehidupan 100% dari dunia awam yang ditinggalkan melebihi 20 tahun.

Penulis berpendapat sewajarnya segala janji-janji kerajaan ditunaikan untuk anggota tentera ini dengan jujur. Segala kelengkapan tentera dari segi persenjataan,kemudahan keluarga mereka,kebajikan dalam perkhidmatan dan setelah tamat perkhidmatan janganlah di bantu hanya sekadar melepaskan batuk ditangga atau bermotifkan kuasa politik sahaja.

Maka tidak menghairankan sejak kebelakang ini ramai dikalangan bekas anggota tentera tampil di pentas Pakatan Rakyat untuk mengadu nasib mereka setelah bersara kerana merasakan kerajaan Pusat sekarang ini hanya pandai bermain wayang dalam membela nasib bekas-bekas anggota tentera. Mereka kebanyakanya tidak berpuas hati dengan pentadbiran dalam ATM yang di monopoli oleh kuasa politik tanah air untuk kepentingan kroni-kroni mereka sahaja.

Perlu diingat….Seorang anggota tentera dilatih untuk berperang bagi mempertahankan negara dari petualang yang mencemarkan kedaulatan tanah air dengan prinsip Taat Setia,Gagah Setia,Pantang Undur,Rela Berkorban,Berani Mati dan sebagainya, inilah cogan-cogan kata yang disematkan didalam jiwa setiap orang tentera darat. Maka dalam menegak-kan keadilan tanah air juga amat perlu diseiringkan. Tentera Darat Berkhidmat untuk negara…bukan berkhidmat untuk kepentingan kuasa politik…

Semua lapisan anggota TDM harus bersekutu untuk buat perubahan mulai sekarang demi masadepan tanah air tercinta. – Orang ni 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan