SEREMBAN - "Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu" pepatah ini ditujukan khas kepada Sapiah Aping 45 orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah keretaMercedes-Benz E200 CGI.
Dia yang bekerja sebagai penoreh getah menyimpan sejumlah wang di BSN,menurutnya dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya.Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya. - Klpost
Bank Simpan Nasional bukan Bank Barisan Nasional
Keratan akbar pengampu UMNO BN yang tersasul sasau..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan