
Kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman webnya itu turut disiarkan di beberapa laman portal lain.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.Penghibur yang mendapat gelaran "Ratu Neo-Soul" disiarkan di akhbar tersebut sebagai promosi bersempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan. Selain dua tatu kalimah Allah, terdapat juga tatu yang berbentuk huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid pada tubuh Artis tersebut.
Sebelum ini, beberapa buah akhbar dan laman portal tempatan mempertikai tindakan Akhbar tersebut yang menyiarkan gambar Artis Hollywood tersebut yang dianggap menghina kesucian Agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan