Katak + UMNO + Perasit + UMNO
[ Klik imej untuk lebih jelas ]
Penulis melintasi persimpangan berdekatan TOL Kemunting sebentar tadi mendapati 2 banner ceramah anjuran yang tidak perlu berselindung disebalik nama-nama NGO digantung disini. Penulis dan orang ramai pun sudah tahu ini adalah ceramah anjuran UMNO Parlimen Larut dan UMNO Parlimen Bukit Gantang.
Dikhabarkan UMNO Larut mengunakan atas nama NGO ( MAAP ) untuk anjurkan ceramah Dr Hasan Ali JATI 666 (Perasit Devil) dan UMNO Bukit Gantang pula menjemput YB Go..Gobolehblahkrisnan (Katak). Mereka ini akan di gabung bersama dengan pasangan dari pemimpin UMNO iaitu Lokman Noor Adam Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ust Kazim Elias yang juga dari UMNO.
Lokasi dan masa…malas penulis nak paparkan disini,sebab bukan kerja penulis membuat publisiti untuk ceramah bagi Parti yang menyokong perdagangan dengan Israel…hehehe…
Dilihat sejak akhir-akhir ini pihak UMNO khususnya di negeri Perak semakin tenat bagi mencari dan mengembalikan sokongan rakyat,semuanya kerana ingin mempertahankan pemerintahan UMNO yang dirampas secara haram dari Pakatan Rakyat.
UMNO Larut dan UMNO Bukit Gantang amat jelas terpaksa membangsatkan maruah dengan menjemput wakil-wakil bebas yang mempunyi rekod buruk dalam arena politik naik keatas pentas ceramah berganding bersama dengan penal mereka (UMNO). MB Haram Zambry pula sudah tidak mampu berbuat apa-apa mengenai gerak kerja pemimpin dibawahnya kerana Zambry sendiri dalam keadaan posisi tidak selamat dalam percaturan politik Najib Apco.
Ada sumber mengatakan setiap ceramah Dr Hasan Ali pihak UMNO sanggup membayar dengan kos yang amat tinggi...!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan