Pengikut

Sabtu, 28 Julai 2012

4 buah negeri dibawah Pakatan Rakyat sekarang,bukan sasaran utama dalam PRU - DS Nizar

28 julai 2012:Jam 8:45mlm: Sebaik saja diumumkan pengacara majlis ketibaan Menteri Besar pilihan rakyat Dato Seri Nizar ke majlis makan malam anjuran DAP Simpang didalam Parlimen Bukit Gantang,para hadirin yang terdiri daripada masyarakat cina semunya bangun sambil tepuk tangan,sungguh menakjubkan suasana dalam dewan majlis ketika itu,ketibaan Nizar kemajlis ini teramat dialu-alukan oleh semua hadirin dengan sambutan hangat.

Ketibaan Nizar disambut oleh YB Nga Kor Meng, Dato Mohd Nor Manusi serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Walaupun Nizar sibuk dengan jadual harian dibulan ramadan dengan program-program keagamaan disurau dan masjid di Perak ,semua itu tidak menghalang beliau meluangkan masa bersama kaum cina malam tadi disini. Sebelum itu Nizar telah berbuka puasa di surau kg Sg Petai Bukit Gantang bersama penduduk disitu.

"PRU ke 13 nanti,Kedah,P.Pinang,Selangor dan Kelantan bukanlah sasaran utama Pakatan Rakyat untuk mencapai  kemenangan,tetapi sasaran utama PR ialah menuju ke Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan pusat dari UMNO BN, sebab sekiranya jika PR hanya menang dibeberapa buah negeri saja dan gagal ke Putrajaya...maka keadaan rakyat akan menjadi lebih buruk diperkotak katikan oleh UMNO BN,mereka pasti akan menghukum dan membalas dendam terhadap rakyat untuk sepenggal lagi dengan berbagai kenaikan harga barang dan cukai yang pasti mereka akan lakukan" ujar Nizar diatas pentas sewaktu berucap di hadapan ribuan kaum cina.

Oleh yang demikian Nizar mengajak seluruh kaum cina disini berusaha dan berkerja kuat bersama kaum-kaum yang lain untuk PR demi kebaikan semua kaum dinegara ini,ucapan bersemangat Nizar dilihat mendapat perhatian penuh serta tepukan gemuruh seluruh dewan.

Sambutan luar biasa dari kaum cina malam tadi terhadap Nizar menyangkal dakwaan UMNO BN khususnya di Perak bahawa populariti Nizar merudum sekarang. Biarpun Najib dan Muhyidin diundang Zambry berulang-ulang kali untuk datang ke Bukit Gantang, namun sokongan rakyat terhadap PR semakin hebat dan bertambah mantap di Perak khususnya di Parlimen Bukit Gantang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan