Pengikut

Sabtu, 28 Julai 2012

Kereta Oren Kemalangan di Johor bukan sebab twitter Nizar

WarkahDaily -- Kereta Proton Satria Neo berplat WWW1 yang menjadi milik Sultan Johor dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya PLUS berhampiran Yong Peng pada tengah hari semalam,

Lapor sebuah blog.Selain blog berkenaan, laman forum Lowyat.net juga turut menyiarkan keadaan kereta berwarna oren yang terbabit dalam kemalangan berkenaan, namun nombor pendaftarannya tidak kelihatan.

Jika benar laporan kemalangan yang didakwa melibatkan kenderaan WWW1 yang agak sensasi baru-baru ini janganlah dikaitkan pula dengan twitter Dato Seri Nizar lagi ye...hahaha...

Nizar tiada kena mengena dalam kemalangan kereta oren tersebut,nak kata disebabkan sumpahan Nizar pun tak masuk akal,sebab bukan cara pimpinan PAS suka main sumpah dan janji konon ditepati.

Cukuplah aksi-aksi selongkar dan merampas laptop yang dilakukan pihak polis dari Johor tempohari dibeberapa lokasi di Perak yang konon-nya sebagai siasatan mengenai tulisan twitter Nizar berkaitan isu Plat WWW.

Janganlah ada kumpulan yang konon sayang kat tuan kereta oren tu nak berhimpun berarak menyalahan Nizar atau menyalahan jalanraya di Johor pula...hahaha...

Apa yang terjadi adalah ujian dan bala dari Allah yang sudah dijanjikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan