Pengikut

Rabu, 11 Julai 2012

Gempar.!!! UMNO Larut guna bomoh sambut Muhyiddin ke Selama Perak

Semalam 11 Julai 2012 aku ke kampung Sungai Siputeh,Selama Perak untuk tinjau suasana panas kerja-kerja Majlis Daerah Selama (MDS) menurunkan bendera politik disepanjang jalan disitu,kejadian banner rasmi lawatan Muhyiddin diturunkan setelah didesak penduduk kampung yang seramai mencacah 300orang telah memberi tamparan sangat hebat buat UMNO Perak khususnya UMNO Larut disini .
Suasana hambar di tapak program Muhyiddin dikg Sg Seputeh Selama lewat petang semalam,gerai2 yang didirikan masih banyak kosong....agaknya kat gerai ni bomoh umno tak mai renjis kot...hehehe.

Dalam masa yang sama aku dapat juga melihat kerja2 persiapan  program Majlis Pelancaran Mini RTC yang akan dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin hari ini.

Semasa dilokasi semalam aku diberi tahu oleh seorang penduduk kampung tersebut bahawa pada pagi tersebut terdapat suatu upacara ritual yang dipercayai dari seorang bomoh disekitar tapak program dengan merenjis-renjis sesuatu bersama mangkuk yang dipercayai bekas kemeyan. Kejadian ini turut disaksikan oleh beberapa penduduk kampung yang mengakui melihat sendiri kejadian khurafat ini dilakukan. 

Apa motif khidmat bomoh digunakan dilokasi program UMNO tersebut masih menjadi tanda tanya, adakah ini arahan MB Zambry Kadir atau arahan Datuk Daud sebagai pendinding khurafat...? Hanya Datuk Daud dan orang UMNO disitu yang tahu...hahaha...

Menurut sumber dilokasi sekarang tiada bendera UMNO BN dipasang bagi menyambut ketibaan Muhyiddin hari ini, Syabas kepada MDS yang tegas dan telus  melaksanakan tugas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan