Pengikut

Selasa, 29 Januari 2013

10 ekor Gajah mati kat negeri UMNO....apa hal...??


KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun mengarahkan pihak berwajib menyiasat secara terperinci mengenai insiden 10 gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati sejak beberapa minggu lepas, dipercayai disebabkan racun tikus.

Menurut beliau, insiden di Hutan Simpan Gunung Rara, terletak kira-kira 130 kilometer dari daerah Tawau itu, amat mengejutkan serta merupakan kehilangan besar buat negeri ini.

Difahamkan, tujuh gajah betina dan tiga jantan, berusia empat hingga 20 tahun itu, ditemui mati dalam beberapa kejadian sejak 29 Disember tahun lepas dan terbaru, pada 25 Januari lalu.

Difahamkan, semua gajah yang mati itu disebabkan racun tikus. “Taklimat mengenai kejadian itu sudah disampaikan kepada saya.
Saya sudah mengarahkan pihak Jabatan Hidupan Liar menubuhkan pasukan bersepadu khas terdiri daripada Jabatan Perhutanan, Yayasan Sabah, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan polis untuk menyiasat insiden terbabit secara terperinci, termasuk mengenal pasti punca kematian.

“Sekiranya didapati haiwan ini benar-benar diracun, saya sendiri akan memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu, berkata berdasarkan siasatan awal dan laporan bedah siasat yang dijalankan mendapati kemungkinan kumpulan gajah berkenaan telah diracun.

“Menerusi hasil bedah siasat kes dahulu, kita mengetahui terdapat beberapa kerosakan dalaman yang ditemui pada gajah mati berkenaan, yang dipercayai akibat sejenis racun, dipercayai racun tikus. Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut melalui pasukan bersepadu khas yang ditubuhkan,” katanya.
- Borneo Post


Tiada ulasan:

Catat Ulasan