Pengikut

Isnin, 28 Januari 2013

Terkini: Majlis Memperingati Mat Indera di Taiping boleh diteruskan - OCPD Taiping

Dihadapan IPD Taiping, baru selesai berbincang dengan OCPD
29 Jan 2013 -- Taiping : Ustaz Mohamad Fakharuddin selaku Yang DiPertua PAS Taiping (YDP) bersama Sdr Sdr.Zulkafli Daud  Pengerusi KERABAT Perak, Mej (B) Yahya Arif Kamaruzzaman SU KERABAT Perak, Haji Alias Ahmad (TYDP),Sdr Ibrahim Ismail (NTYDP) dan Sdr Ahmad Saad Pengerusi Lajnah Perpaduan Negeri Perak telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping setelah dipanggil pihak polis berkaitan isu bantahan "Majlis Memperingati Mat Indera ".

Majlis ini dijadual berlangsung hari ini 29/1 di tapak Pasar Malam Kemunting telah menjadi isu panas disini yang dipercayai didalangi UMNO Taiping yang mendakwa bakal mengugat ketenteraman awam dan berbagai dakwaan yang sengaja dibuat-buat. 

Berikutan itu penganjur untuk majlis ini telah dipanggil oleh pihak Polis hari ini untuk memberi keterangan.

Hasil perjumpaan dan perbincangan  antara  Penganjur dan pihak Polis iaitu OCPD Tuan Yusof Mat Diah yang berlangsung dipejabatnya disini telah menetap bahawa majlis tersebut  boleh diteruskan.

Bagaimana pun lokasi-nya telah diubah ke Balai Islam Bukit Jana pada masa yang sama seperti yang dijadualkan pada malam ini.

Ust Fakharuddin
Pihak penganjur majlis ini akur dengan arahan pihak Polis supaya mengubah lokasi kerana kawasan Pasar Malam Kemunting adalah kawasan awam dan perlu dipohon kebenaran dari pihak berwajib sekiranya ingin mengunakanya.

"Saya mewakili penganjur mengucapkan terima kasih kepada Tuan  OCPD Taiping yang membenarkan majlis ini diteruskan walaupun lokasinya diubah tidak jauh dari lokasi asal, Kita pihak penganjur amat menghormati undang-undang demi kebaikan semua" 
"Bagaimana pun pihak PAS Taiping amat kecewa dengan fitnah dari artikal sebuah  blog Pro UMNO yang memfitnah bahawa PAS Taiping membuat majlis Puja Roh Komunis, tindakan seterusnya mungkin diambil terhadap pemilik blog tersebut kerana didapati terlalu biadap dengan kenyataanya" -  Ujar Ust Mohamad Fakharuddin ketika ditemui disini.
Diteruskan...dilokasi berdekatan: Bukit Jana malam ini..


Sumber berkaitan isu: UMNO Taiping menghina rakyat Johor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan