Pengikut

Isnin, 11 Februari 2013

9 Gergasi Sasaran PAS Umbai

Ahmad Bilal (kiri) menunjukkan salah satu tiang bendera gergasi setinggi 22 meter dan sebesar 60 meter persegi di Umbai, semalam.
UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu. 

Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai. 

Menurutnya, sasaran Pas Umbai adalah untuk menegakkan kira-kira sembilan batang tiang setinggi 22 meter siap dengan bendera gergasi  sebesar 60 meter persegi di sekitar kampung berkenaan. “Setiap batang kosnya kira-kira RM560 dan setakat ini sudah empat batang di pasang di sekitar kampung ini yang dilakukan secara  gotong-royong oleh masyarakat Umbai. 

“Hasrat kami adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat terhadap pilihan raya nanti dan apa yang lebih penting mereka menyokong Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Ahmad Bilal berkata, pada musim pilihan raya lalu mereka hanya memasang bendera secara kecil-kecilan dan berbeza dengan pilihan raya pada musim ini.

“Kita melihat semangat masyarakat masa kini amat berbeza sekali kerana mereka sanggup mengeluarkan bukan sahaja wang saku sendiri malah juga tenaga semata-mata ingin melihat bendera Pas berkibar megah di kampung mereka,” katanya. - SH
............................................
Orangni: PAS Cawangan Umbai ini mungkin antara yang terbaik dikalangan yang terbaik, PAS cawangan seluruh negara harus contohi PAS Umbai ini..Syabas PAS Umbai Melaka....Takbir...!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan