PRU dah semakin hampir, arahan untuk buka PDM dah dikeluarkan, bendera,banner,poster,payung dan segala bahan kempen dah sampai bersama dana duit poket.
Semua bahan kempen tersebut disahkan masih berlonggok-longgok di cawangan-cawangan diseluruh kawasan UMNO Bahgian Bukit Gantang.
Hanya 1% saja yang dipasang buat masa ini,selebihnya masih lagi bertimbun macam sampah di pejabat UMNO Bahagian, rumah-rumah ketua UMNO cawangan dan JKKK.
Memang mereka (UMNO) nak pasang semua bahan-bahan ini, duit untuk mengupah pasang semua bendera-bendera dacing senget pun dah ada.
Masaalah besar yang berlaku sekarang ialah UMNO Bahagian Bukit Gantang kritikal dengan tenaga kerja terutama golongan muda untuk buat kerja-kerja pasang bendera.
Biasa la UMNO...kalau dah berjawatan AJK UMNO Cawangan pun cukup la... dah kira besar dah jawatan tu, sorry la nak panjat pokok pasang bendera...hahaha...
UMNO akan main upah saja...maklumlah duit banyak... Tapi sebanyak mana sekalipun, kalau tiada tenaga yang nak diupah, camana...??? hahaha....
Melucukan apabila ada orang UMNO Bukit Gantang datang rumah ke rumah tanya kot-kot ada anak muda yang sudi diupah untuk pasang bendera...malangnya banyak anak muda disini dah tak kebuloq dengan tawaran UMNO.
Keadaan jadi tambah kritikal apabila ramai dikalangan anak muda di sekitar Bukit Gantang dan Taiping keluar kawasan kerana dah berkerja, dengar cerita ramai golongan muda disini dah jadi tentera,polis dan sebagainya.
Mengelupur macam biawak panas la UMNO Bukit Gantang dan Taiping apabila yang masuk tentera dan sebagainya ini dahulunya adalah tenaga upahan mereka.
Lain dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS.. dari ahli biasa dan AJK Cawangan hingga ke YDP Kawasan, semua boleh buat kerja...panjat pokok pasang bendera macam celah gigi saja...semuanya dilakukan secara iklas dan upahnya ialah kepuasan menjatuhan rejim UMNO.
Tak mustahil Mat Bangla,Mat Indon dan Mat Nepal yang kerja pembinaan kat kilang Tayar Toyo depan ADTEC akan diupah UMNO BN Bukit Gantang dan Taiping untuk buat kerja time PRU nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan