Pengikut

Rabu, 13 Februari 2013

Isu Panas Jawatan MB Perak: Zambry berperang besar dengan 3 Menteri Kabinet

Perpatah Melayu ada mengatakan "Kalau Tiada Angin,Mana Mungkin Pokok Bergoyang". Itulah yang berlaku didalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Perak, dikala Presiden  UMNO Najib tercari-cari tarikh PRU-13 yang masih belum ditemui, suasana dalaman UMNO Perak semakin kucar-kacir dengan macam-macam isu yang amat meruncing.

Dari isu penjawat awam tak mahu ikut arahan Zambry dan  pembahagian kerusi di DUN dan Parlimen di Perak masih panas didalam UMNO BN Perak,kini Zambry Kadir semakin tertekan dalam mempertahankan jawatan Menteri Besar yang disandanginya secara rampasan kuasa di Perak di gugat oleh 3 orang sekali gus..!!!!

Hari ini terpapar disebuah dada akhbar edisi Utara menyiarkan tajuk "Tiga Idam Kerusi MB". 

Ahmad Zahid Hamidi, Husni Mohamad Hanadzlah dan Nazri Aziz disebut-sebut beriya sangat  dan berperang besar merebut untuk jawatan Menteri Besar Perak.

Memang dasar perangai lanun pemimpin UMNO,untuk satu jawatan pun sampai 3 orang nak berebut. Dah macam filem "Tiga Abdul" pula, bezanya filem  "Tiga Abdul" ada watak hero Abdul Wahab yang budiman tapi dalam isu UMNO ini semuanya watak lanun..hahaha....

Walaupun disangkal oleh salah seorang Menteri Kabinet ini konon-nya turun padang di Perak kerana hendak membantu Zambry,itu semua adalah omongan kosong yang tidak boleh dipercayai rakyat.

Siapa tidak mengenali pimpinan UMNO diseluruh negara khususnya di Perak ?? Jawatan dan pangkat adalah matlamat utama mereka dalam arena politik. Cantas mencantas adalah perkara rutin dalam UMNO.

Zambry dilihat sekarang terkontang-kanting di Perak, Jawatan Menteri Besar yang disandangnya pun sudah di tempah oleh rakan se-UMNO di Perak. 

Sedangkan tarikh PRU pun entah bila masanya, jentera UMNO BN di-Perak pun masih hidup segan mati tak mahu dan  hasrat UMNO terus berkuasa di Perak pun masih teramat kabur. 

Orangni amat yakin pergolakan dan peperangan Zambry dengan 3 Menteri Kabinet akan berterusan sehingga PRU-13, dimata rakyat mereka akan berlakon seperti berdamai tapi hakikat sebenarnya mereka berperang besar merebut Jawatan Menteri Besar.

*Perpatah Orangni: Kalau tiada bangkai...mana mungkin 3 burung gagak berlegar-legar diudara dan burung gagak walaupun di celup tepung tidak akan menjadi putih...hahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan