Pengikut

Sabtu, 16 Februari 2013

Carta Top 50 Ahli Politik Malaysia Yang Paling Berpengaruh di Media Baru : Najib dan Anwar berkongsi mata


Mengikut sumber dari Klip Video (17:59) yang dimuat naik di Youtube hari ini menyatakan penyenaraian nama ahli-ahli politik tanahair dari semua ahli parti politik tanahair. (Nampak macam telus....nampak aje...hehe..)

Macam mana mereka kira pun Orangni pun tak tahu, tapi agak menarik juga jika diambil peduli kerana semua ini berkaitan Media Baru yang boleh jadi serba mungkin.
.........................................................

Akademi Transformasi Media bersama TEH TARIK BERSAMA YB mengumumkan Top 50 ahli politik malaysia yang paling pengaruh di media baru. 


Kiraan ini berdasarkan pada KLOUT sistem dan kami menggunakan tool spider search untuk mencari ahli politik tempatan yang mempunyai kiraan yang tinggi tetapi kemungkinan kita juga boleh melakukan kesilapan dengan tidak merangkumi kesemua ahli politik tempatan .
......................................
Berikut adalah keputusan carta yang di senaraikan
Noh Omar menjadi Johan dengan 79 mata,Najib  No.2  dengan 78 mata

DSAI berkongsi mata dengan Najib 78 mata













 ....................................................
Orangni: Keputusan carta top 50 Ahli Politik Malaysia ini sedikit sebanyak memperlihatkan keseimbangan berlaku diantara Najib dan Anwar,masing-masing menerima 78mata.

Noh Omar menjadi juara didalam carta ini dengan 79 mata,walaupun Noh Omar nampak malas dalam mengisi gambar profil-nya,namun dikatakan sikapnya peka dan suka  Interaksi sosial di Media Baru menjadikan beliau juara didalam carta ini.

Top 10 dari carta ini mencatitkan 5 ahli politik dari BN dan 5 ahli politik dari PR berada didalam Top 10 ,amat membanggakan apabila YB Khalid Samad dan YB Tian Chua juga berkongsi mata menerima 78 mata bersama Najib dan Anwar dan menewaskan Ketua Pemuda UMNO Malaysia KJ yang hanya menerima 74 mata.

Apapun ahli politik dari Pakatan Rakyat  khususnya dari PAS dilihat tidak menyerlahkan diri dalam pengunaan Media Baru amat ketara sekali.

Orangni tidak bersandarkan 100% kepercayaan sepenuhnya diatas kiraan carta diatas,namun penguasaan ke-atas pengunaan Media Baru tidak boleh di ambil remeh di-alaf Saitek ini.

Orangni harap Orang-Orang Besar dari PR perlu PEDULI.
...............................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan