Pengikut

Sabtu, 16 Februari 2013

Lif Pengkalan TLDM Lumut Membunuh isteri anggota TLDM

17 Februari 2013
Gambar sekadar hiasan
IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.


Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - SH
............................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan