Pengikut

Ahad, 31 Mac 2013

AJK PERKASA Daerah Minta Ahli PERKASA Tinggalkan UMNO

31 Mac -- Kampung Tapah Selama Perak,berlangsung siri ceramah isu semasa anjuran PAS Selama Perak yang menampilkan beberapa penceramah dan salah seorangnya Pak Din KB atau nama sebenar Adris B. Salleh 66.

Beliau masih lagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kerian Perak. Keahlian dan perjawatan beliau dalam PERKASA sehingga hari ini masih sah,kerana tiada sebarang surat pemecatan atau lucutan apa-apa jawatan tidak diterima Pak Din KB sejak menyertai PAS secara rasmi beberapa bulan lalu.

Pak Din KB juga menyatakan dalam ceramahnya disini bahawa ada juga wakil PERKASA datang memujuknya supaya kembali kepada UMNO selepas beberapa hari menyertai PAS secara rasmi.

Perkara ini sungguh memalukan bagi Pak Din KB kerana PERKASA adalah sebuah NGO yang terang-terang menjadi alat yang diperkudakan oleh UMNO .

Pak Din merayu supaya ahli PERKASA jangan jadi hamba suruhan UMNO dan sewajarnya semua ahli PERKASA berubah,tinggalah dan datanglah menyertai Pakatan Rakyat, sama-sama berjuang dengan Pakatan Rakyat.
Pak Din KB berceramah di Kampung Tapah Selama
"Apa guna duduk dibawah PERKASA yang menjadi hamba abdi yang dipergunakan oleh UMNO..lebih baik keluar dari PERKASA,keluar dari UMNO. Wahai ahli PERKASA....sedarlah diri,tinggalah UMNO..!!!"  - Ujar Pak Din dengan penuh bersemangat dipentas ceramah PAS di sini.

Selama 30 tahun lebih Pak Din KB bersama UMNO telah banyak mengajar erti perjuangan dalam UMNO yang hanya mementingkan poket kroni pihak atasan sahaja. Paling membanggakan bagi Pak Din KB ialah ada juga segolongan ahli UMNO yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana berani membuat tindakan keluar dari UMNO.

"Memang ramai dikalangan ahli UMNO dikampung-kampung  yang sudah muak dengan perangai dan sikap hipokrik para pemimpin UMNO dibahagian,negeri dan pusat. 

Mereka memang nampak macam berada didalam UMNO akan tetapi mereka sebenarnya tidak menyokong lagi UMNO " - Pak Din KB mendedahkan situasi sokongan politik sekarang.

Pak Din KB dalam ceramah malam ini juga mengatakan akan mendedahkan segala bahan bukti kerja jahat tangan UMNO terutamanya di kawasan beliau iaitu di Bagan Serai dan Parit Buntar. "Saya hanya menunggu pembubaran parlimen saja untuk mendedahkan segalanya"- ujar Pak Din.
..................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan