UAI

UAI

Pengikut

Rabu, 3 April 2013

Edisi Bahaya.!!! : Bendera Layar Kapal UMNO BN Bukit Gantang Tumbangkan Tiang Lampu Jalanraya Jadi Sesak

3 April: Bukit Gantang -- Tak sampai beberapa ketika selepas jam 11:30pagi Najib umumkan pembubaran Parlimen Malaysia,sebatang tiang lampu berhadapan PUSPAKOM Taiping berhampiran pekan Simpang tersungkur kebumi bersama bendera UMNO BN.

Kejadian ini telah menyebabkan kesesakan aliran kenderaan sepanjang lebih kurang 4 kilometer menghala ke pekan Simpang.

Tiang lampu ini dipercayai tumbang dalam cuaca hujan lebat bersama angin kencang sekitar jam 02:00petang.

Penyebab utama tiang lampu ini tumbang adalah di-sebab bendera UMNO BN Bukit Gantang yang digantung menyerupai layar kapal bersaiz amat lebar.

Angin yang kencang dan bendera UMNO BN yang macam layar kapal ini menyebabkan bebanan dan tekanan yang kuat kerana menghadang atau menghalang angin,lalu tumbanglah tiang lampu tersebut bersama-sama bendera UMNO BN.

Pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Taiping (MPT) diminta ambil perhatian dengan kejadian ini supaya mengambil apa-apa tindakan,kerana banyak bendera UMNO BN sekitar Parlimen Bukit Gantang mengantung bendera mereka seperti layar kapal.

Mujurlah pada kejadian petang tadi tiang yang tumbang kerana bendera layar UMNO BN tidak menyebabkan apa-apa kemalangan kepada penguna jalanraya.

Sebelum kejadian buruk yang boleh membahayakan orang ramai berulang lagi,adalah wajar bendera UMNO BN Bukit Gantang yang seperti layar kapal ini diturunkan segera demi keselamatan penguna jalanraya dan orang ramai.
Bendera Layar UMNO BN menyembah bumi bersama tiang lampu..
Merbahaya...!!!! Rebah menghalang jalanraya
...................................................

1 ulasan:

  1. Tiang tu terperanjat dek pengumuman Najib atau tak sanggup lagi bersekongkol dengan parti cap dacing?

    BalasPadam