Pengikut

Isnin, 1 April 2013

Sedikit Nukilan Kebenaran - Leman RL

Kepada orang umno,faham baik2 apa yangg aku tulis..

Dari apa yang saya kenal, Anwar Ibrahim adalah seorang pahlawan hebat ABIM , beliau anak murid kepada Allahyarham Datuk Ustaz Hj Fadhil Noor....Kedua-duanya adalah dari ABIM.

Fadhil Noor mengajak Anwar masuk ke dalam PAS tetapi Anwar membuat keputusan menerima tawaran Tun Mahathir masuk UMNO.

Pada masa itu kedudukan pentadbiran sekular semakin goyah dan masyarakat semakin memilih cara Islam...Parti yang menjadi perhatian pada masa itu adalah PAS. Ini mengancam kuasa UMNO yang dipegang oleh Tun Mahathir.

Perkara ini berlaku pertengahan 1970an dan 1980an. Zaman kebangkitan Islam dunia pula pada masa itu adalah selepas Revolusi Iran 1979. Maka Anwar Ibrahim amat penting kepada Tun Mahathir sebagai benteng pertahanan UMNO.
Di sekitar tahun 1980an Anwar menekankan Pentadbiran Islam, Nilai-nilai Islam, Perbankan Islam dan seumpamanya semasa dalam ABIM sehingga telah mencetuskan penubuhan UIAM.

Anwar juga mencetuskan penubuhan Bank Islam.. kemudian berlanjutan kepada penubuhan Bank Muamalat. Manakala penubuhan Bank Bumiputra Bhd (BBMB ) dicetuskan oleh Tengku Razaleigh...Berkuburnya Bank Bumiputra masih dalam misteri apabila Bank of Commerce yang kecil membeli BBMB.

Ini berlaku semasa zaman Tun Mahathir. Sejarah tidak boleh ditipu...Yang menipu ialah orang yang menulis sejarah...dan dikawal oleh orang yang menjajah.. Tok Janggut dari kacamata ahli sejarah Barat dilabel sebagai pengkhianat negara...kerana pada masa itu British yang menjajah negara Malaysia.

Tetapi di dalam buku sejarah Malaysia Tok Janggut adalah pahlawan yang mulia dan syuhada yang mati syahid. Cerita tentang keadaan kematiannya tetap sama...di heret mayatnya keliling bandar dan digantung kaki ke atas, kepala ke bawah.

Tetapi sejarah siapa Tok Janggut di nilai secara berbeza oleh pihak yang berbeza. Penjenayah dan pengkhianat paling hina adalah orang yang menggunakan kuasa untuk memansuhkan sejarah jasa orang lain dan menaikkan namanya sendiri tetapi dalam masa yang sama merompak berbilion wang rakyat saban tahun untuk kepentingan sendiri lantaran kurang keyakinan bahawa rezeki itu milik dan kurniaan Allah....Lantaran kurangnya Iman dan kepercayaan bahawa manusia merancang Allah yang menentukan... Kesilapan Anwar hanya satu sahaja ..iaitu dia masuk ke dalam UMNO dengan alasan untuk mengislamkan UMNO dari dalam....tetapi dia gagal.

Masalah liwat, rasuah , penipu itu hanya kepakaran pihak pemerintah sedia ada untuk mengawal Anwar dari bangkit. Setelah peristiwa pemecatan beliau dan fitnah liwat..ramai rakan-rakan Anwar dari ABIM memulangkan paku buah keras kerana degil dengan ajakan gurunya. Maka pengajarannya di sini adalah “jangan sesekali melawan cakap Guru”..Anwar di tuduh rasuah dan salah guna kuasa melalui teknik dan selok belok perbicaraan di mahkamah.

Tuduhan Liwat hanya hendak memburuk-burukkan Anwar supaya pengaruh undi tetap berpihak kepada Tun Mahathir dalam UMNO dan BN.

Anwar adalah orang yang menubuhkan AKTA rasuah, tetapi dia pula yang dituduh rasuah.

Anwar banyak melihat perompakan wang rakyat dan rasuah yang melampau di dalam pentadbiran Tun Mahathir sehingga sekarang. Klimaksnya ialah apabila Anwar enggan menandatangani satu peruntukan berjuta RM bagi membiayaai perniagaan anaknya Mirzan Mahathir dalam MISC (Sykt Perkapalan).

Pada masa itu heboh dalam internet bahawa anak Tun ini kalah dalam perjudian antarabangsa. Selepas pemecatan Anwar..ramai orang-orang penting di dalam badan-badan kerajaan terutamanya dalam penyiaran dan akhbar dipecat dan ditukar kepada orang-orang Tun Mahathir dan orang kuat UMNO hingga sekarang.... Ulama-ulama terkemuka yang sebelum ini popular di dalam media penyiaran perdana mula cenderung kepada PAS seperti Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharom (Mufti Wilayah)..dan ramai lagi... Usaha untuk menamatkan karier politik Anwar Ibrahim sampai ke tahap malampau yang maksima apabila Tun Mahathir menggunakan apa sahaja pihak dan sumber termasuk Polis dan SB untuk mencapai matlamatnya.

Ini adalah logik biasa yang berlaku kepada VVIP yang lain apabila mana-mana jenayah yang dibongkar melibatkan VVIP maka tidak ramai saksi yang akan lepas ke kandang bicara apabila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kepada mereka secara misteri seperti kematian, penculikan dan sebagainya....tidak ada satupun yang berani tampil melainkan akan berakhir demikian.

Mereka yang masih selamat biasanya akan dibayar dan diugut untuk pusing fakta dan terpaksa memihak kepada pihak yang berkuasa. Maka dalam sejarah Malaysia...satu-satunya orang yang menguasai Malaysia semenjak zaman awal kemerdekaan sehingga kini walaupun ia tiada di dalam kabinet ialah TUN MAHATHIR. Dan satu-satunya orang yang berani untuk menentang Manathur adalah DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

Sebab itu Tun Mahathir yang telah lama bersara dan berehat tiba-tiba bangkit dan boleh jadi kuat serta segar semula apabila dia dengar Anwar nak jadi PM kerana ini merupakan taufan dashyat baginya.

Ketakutan Tun M pada Anwar mengalahkan ketakutannya pada Malaikat Izrail pencabut nyawa. Perhatikan dalam You Tube, apa kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman tentang Tun Mahathir. Itupun kalau you tube tersebut belum dipadam.

Yg benar
Sulaiman Ibrahim Leman Raja Lawak
Presiden PANGLIMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan