Pengikut

Khamis, 4 April 2013

Filem Mamat Khalid macam sindir Najib je....[ Video ]


Filem Rock Oo
Filem pertama Rock (2005) mengisahkan tentang kumpulan Rock, Rimba Bara yang cuba mencipta nama sebagai rockers di era muzik 80 dan 90an tempatan. Dalam filem ini, kumpulan Rimba Bara telah dianggotai oleh Hasnul Rahmat sebagai Zubir / Zack, Que Haidar sebagai Amy Mat Piah, Khir Rahman sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah, dan Norazmi Bahron sebagai Black.
Di dalam Rock Oo, filem ini membawa para penonton kedalam perjalanan kumpulan Rimba Bara selepas memenangi Battle of the Bands dan menjadi popular. Filem pertama mengisahkan tentang perjuangan mencipta nama, filem kedua pula mengisahkan tentang usaha mereka membawa Rimba Bara ke arah yang lebih besar.

Orangni tidak ketinggalan juga menonton filem ini disebuah pawagam baru-baru ini. Memang menarik kerana membangkitkan nostalgia pada zaman "Rock Kapak"...hahaha...
Apa yang menarik dalam filem inilah mengenai sebuah dialog dari Khir Rahman yang seakan-akan menyindir melampaui zaman-nya. 
Sedia maklum filem ini mengisahkan zaman rock kapak dalam tahun 80 dan 90an, pada masa tu mana ada negara kecoh pasal isu kapal selam,tiba-tiba ada skrip berkaitan kapal selam dalam filem ni yang minta dibuat reban ayam kalau tak boleh menyelam.
Isu Kapal Selam negara hanya menjadi isu panas negara pada  dalam  tahun 1998 dan menjadi lebih panas apabila membabitkan berbagai konterversi yang membawa pembunuhan seorang wanita warga Monggolia (Altantuya).

Agaknya skrip atau dialog panas dalam filem ini seperti dibawah ini adalah sindiran tajam dari pihak tertentu kepada Najib dan UMNO BN dalam penglibatan kapal selam negara.......hahaha.....

" Mmmm Amy...kau apa citer mi..? Aa...? Kita mi kalau dah tak leh nyanyi...kita terima ajelah hakikat...Ann.. Aaa... Aa......balik kampung je jual ais kacang...an.. an... MACAM KAPAL SELAM la mi...kalau dah tak leh SELAM naik ke darat.....buat reban...an.. ann?..." - Dialog dari Khir Rahman yang memegang watak sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah dalam filem Rock Oo.!!!.

Jika tidak dapat menonton disini sila klik terus ke Laman Youtube- https://www.youtube.com/watch?v=3fxSFRXzTU0
............................
Benarlah kata Pak Man Kadir -  "70% artis tanahair tak sokong UMNO BN"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan