Pengikut

Isnin, 4 Mac 2013

Terkini..!!! Lahad Datu Bergegar Dengan Serang Jet

Setelah beberapa anggota keselamatan dari PDRM  terkorban dalam kejadian di Sabah sejak kejadian pencerobohan yang bermula di Lahad Datu pada 9 Feb lalu, hari ini dilaporkan pihak ATM memulakan tugas yang sewajarnya dilakukan sejak awal lagi

(updated 7:32 am)


Lahad Datu Sabah: Jet pejuang pasukan keselamatan Malaysia dilaporkan mula bergerak di sekitar 7:00am.


Menurut laporan  sini berkata bunyi pengeboman dapat didengar dan gegaranya amat dirasai disekitar lokasi berhampiran. Letupan ini kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.


Walau bagaimanapun, perkara ini tidak disahkan  pengeboman tersebut dari penceroboh atau pasukan keselamatan Malaysia.


Malam tadi, Ketua Polis polis Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Zulkifeli Mohd Zin telah dilaporkan  berkerjasama  dalam operasi di Lahad Datu Sabah.- Borneo Post

Orangni: Aku bukan memperkecilkan kebolehan PDRM, tapi dalam situasi yang berlaku di Lahad Datu Sabah, kekuatan pihak penceroboh yang mulanya dianggarkan lebih kurang 200 anggota dengan bersenjata lengkap....nisbah menghadapinya menjangkau lebih dari 2 Batalion Tempur ATM

Sekarang dah terkorban hampir 10 orang anggota PDRM baru nak kerah 7 Batalion, apa punya bangang menteri-menteri yang dipertanggungjawap menjaga keselamatan dan keamanan tanahair... Jika peserta Himpunan BERSIH dikerah pula seluruh FRU dari semua pelusok negara datang..!!! 

Apa yang dapat dirumuskan.... Hishammuddin Tun Hussein berlagak nak jadi "HERO"

** Pandangan peribody Aku..!!!!!

1 ulasan:

  1. Yang sedihnya dan musnahnya umat islam, musuh islam dan ,penentang islam,senyum aje, mana perginya tokoh islam senyam membisu, terutam umnobn, Allah swt. jua lah yang tentukan segala hak dibumi dan dilanggit ALLAHU AKHBAR

    BalasPadam