Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

3 Menteri UMNO "TAK MINAT LANGSUNG" jadi MB

PRU entah bila lagi tarikhnya,disebabkan ketakuatan melampau presiden umnok, Najib masih teraba-raba menilik tarikh dan masa yang tidak ditemui.

Di Perak jawatan MB sudah menjadi isu panas dalam umnok Perak, dikatakan ada perebutan,percaturan atau percakaran yang  mungkin berpunca kerana hasil rampasan kuasa dulu dan jawatan yang disandang Zambry sekarang sebagai MB dalam umnok kembali panas.

Isu Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perak terus menjadi tajuk isu di negeri Perak, gerangan siapa yang membawa isu ini ramai mempercayai digemburkan oleh individu dalaman umno sendiri  yang suka BN negeri Perak hancur.

Naib presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Zambry Kadir akan mengekalkan jawatannya sekiranya mempertahankan pentadbiran di negeri itu pada Pilihan Raya ke-13. Macamlah dia (Zahid) ada fullpower dalam menentukan siapa pegang jawatan MB Perak..

Konon-nya terdapat usaha-usaha yang rancak dikalangan ahli umno Perak untuk melaga-lagakan pemimpin Umno di negeri seperti Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Husni Hanadzlah dan Nazri Aziz itu dengan menyatakan kononnya  Zambry tidak sesuai dan sudah tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak kalau-kalau menang dalam PRU-13.

“Ketiga-tiga kami TIDAK BERMINAT LANGSUNG untuk menjadi Menteri Besar Perak ( Boleh caye ke..?) kerana kami lebih berminat untuk membantu Menteri Besar saja,” itu kata Ahmad Zahid yang dipetik dari sebuah laman blog pro Umnok.

Orangni: Kepercayaan kepada 3 orang yang Tidak Berminat Langsung jadi MB ni di-ibarat seperti burung gagak mana yang menolak bangkai ditepi jalan?

Maksudnya: Langsung tak boleh percaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan