Pengikut

Sabtu, 16 Mac 2013

UMNO Sakit Tersepit Sendirian

Mengapa Orangni mengatakan UMNO sakit tersepit sendirian..?

Mengapa Orangni menjangkakan UMNO bakal sendirian dalam menghadapi PRU-13 nanti..?

Kerana kalau kita semua lihat pada  komponen lain dalam BN sekarang ini sudah sampai ke tahap lepas tangan,duduk diam mungkin terbaring diam macam pesakit di wad ICU. 

Kompenan lain dalam BN dilihat juga macam dah jangkakan harapan untuk BN sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti sudah tiada harapan. 

Sebab itulah dikatakan UMNO sekarang tinggal bersendirian dalam menjalani kempen untuk PRU 13 nanti. 

Rakan utama MCA dan MIC dalam erti komponen terbesar dalam BN sudah hilang bentuk dan arah. Kaum Cina realitinya sudah jelas diseluruh tanahair menolak MCA secara total. 

Kempen MCA sendiri masih tidak nampak bergerak hanya segelintir amat kecil  bergantung harap kepada UMNO mungkin kerana sekelumit kepentingan peribadi. 

Begitu juga keadaan kempen dalam MIC ,hanya nampak pergerakan MIC kalau ada program UMNO, MIC seperti kompenan sakit dan cacat sekarang yang tidak mampu bergerak langsung secara sendirian dan terpaksa bergantung harap pada UMNO juga. 

Sebagai contohnya ialah segala isu politik yang tercetus atau dicetuskan, pembabitan berkaitan menjawap atau mengunakan isu tersebut didalam BN hanya di riuh rendahkan didalam UMNO saja,komponen lain sunyi sepi tidak ambil bahagian.

Perkara sebaliknya didalam Pakatan Rakyat,sesuatu isu yang timbul akan di gunapakai sebaik mungkin oleh PAS,PKR dan DAP secara bersama.Fitnah dijawap bersama dan berkempen naik sepentas yang sama dan sebagainya. Ini semua tidak berlaku didalam BN sejak dahulu dan kini.

Pakatan Rakyat diibaratkan seperti sekumpulan pemuzik yang nampak simple tapi lengkap dalam penampilan dan persembahan yang hebat kepada rakyat,sedangkan BN sekarang seperti sekumpulan okestra yang pemain muziknya nampak macam ramai ,tapi tidak berfunsi hampir 99% dalam persembahan,bunyi iramanya cacat dan menyakitkan telinga rakyat. 

Politik dalam BN sekarang hanya bergantung kepada UMNO saja ,kepada saki-baki serta daki dari kaum Melayu. 

Sedang dalam PR undi menyeluruh berlaku gabungan undi Melayu, Cina dan India seakan terbentuk dan bertambah hari demi hari.

Khususnya kepada Cina dalam DAP yang menyokong kuat perjuangan kaum Melayu didalam PAS dan PKR sebaliknya gagal dilakukan oleh MCA dan MIC.

UMNO sakit tersepit dan  komponen dalam  BN yang lain juga tersepit tapi mereka tidak sakit sepertimana UMNO sakit tersepit.- Orangni

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan