Pengikut

Sabtu, 16 Mac 2013

Vokalis Freedom That's Gone (FTG) Sertai PAS


KUALA LUMPUR 17 MAC: Penyanyi FTG, sebuah kumpulan thrash metal tempatan, Tajul mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan disaksikan hampir 5,000 hadirin.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau mengakui menyokong gerakan Reformasi sejak 1998 dan berpendapat tahun ini paling sesuai untuk menyatakan sokongan secara terbuka.

“Saya tak kisah apa orang hendak kata. Kalau dengar lagu FTG, ia mengenai perjuangan menuntut keadilan dan kritikan sosial,” katanya yang menerbitkan 12 album bersama FTG.
FTG atau Freedom That Gone (Kebebasan Yang Hilang) bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Selain Tajul, pemain dram, Zul dan pemain bass, Mie dari kumpulaan sama juga mahu menyertai PAS kerana menyokong perjuangan perubahan politik di negara ini.
“Cuma mereka tak dapat hadir,” kata Tajul sambil tekad untuk meneruskan perjuangan menerusi lagu dan lirik.

“Rezeki di tangan Tuhan. Saya akan terus menyanyi,” katanya yang tidak bimbang terhadap kemungkinan ‘sekatan kerajaan’ dan bercadang membantu kempen Pakatan Rakyat pada PRU 13..- sumber FB
.................................

Orangni : mau cerita sikit pasal kumpulan thrash metal FTG ni.....
Pertama kali FTG keluar full album berbahasa melayu tajuk 
dia "Aku Tak Peduli". 

Masa tu Orangni rasanya dalam tingkatan 4.  Dalam tahun 1998. 
Jadi untuk melengkapkan hajat tu, Orangni  pernah tak makan 
beberapa hari dekat sekolah dan bila kaset tu dah dekat tangan 
memang habis hati la....(Zaman Jahiliah Orangni...hehehe...)

Tapi kini Alhamdulillah....kaset FTG tu masih ada dalam 
simpanan Orangni dan khabar yang gembira apabila 
dilaporkan vokalis FTG turut sama dalam perjuangan PAS.

Jom layan FTG "UMNO Jahanamkan Negara..!!!!!": http://www.youtube.com/watch?v=ej4w3-S8Lag&feature=youtu.be

1 ulasan:

  1. Allah swt, yg maha besar segala-galanya syukrun.....

    BalasPadam