Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata hasil bedah siasat mendapati wanita yang ditemui tanpa identiti itu mati setelah cedera teruk di kepala dan dada akibat hentakan objek tumpul.
Katanya siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin maut akibat kemalangan.
"Ketika ditemui pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata tajam dan kita masih menyiasat sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan, mangsa langgar lari ataupun kejadian jenayah.
Ini kerana ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T-shirt berwarna oren dan berseluar dalam. "Namun setelah bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan tiada kesan rogol pada mayat berkenaan walaupun dijumpai dalam keadaan mengaibkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam seorang pengawal keselamatan menemui mayat wanita itu dalam keadaan mengaibkan di kaki lima lebuhraya berkenaan kira-kira pukul 7 pagi. Mayat yang berusia 40-45 tahun berketinggian 153 sentimeter, berkulit putih, berbadan gempal dan berambut lurus paras leher ditemui terlentang di tempat kejadian.
Manoharan berkata hasil pertanyaan daripada penduduk kampung mendapati mangsa bukan penduduk tempatan.
Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau terlanggar sesuatu ketika melalui lebuhraya itu segara menghubungi polis bagi membantu siasatan.
"Orang ramai yang kehilangan saudara mara dan rakan yang kenal atau telah kehilangan kawan segera hubungi pihak polis untuk pengecaman mayat," katanya. - BERNAMA
Sumber berkaitan:
....................
Isu Rogol Atlet SUKMA...
Kalah Sukan akibatnya TERTEKAN...
Tertekan akibatnya MINUM ARAK...
Minum arak akibatnya MABUK...
Mabuk akibatnya DIROGOL...
Dirogol akibatnya...
Tertekan akibatnya MINUM ARAK...
Minum arak akibatnya MABUK...
Mabuk akibatnya DIROGOL...
Dirogol akibatnya...
KJ SEDIH,DUKACITA DAN GELABAH....hahaha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan