Pengikut

Isnin, 8 Julai 2013

Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang Terbakar, Guru Mati Ditembak [ Bergambar ]

Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang terbakar:

Sri Aman Sarawak: “Saya terhidu bau benda terbakar dan tercari-cari punca bau berkenaan, sebaik mendongak, saya lihat asap tebal diikuti api marak di tingkat atas,” kata seorang kerani wanita yang dikenali Siti, 40, saksi kebakaran yang memusnahkan dua blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, di sini, semalam.
Kejadian jam 4.50 petang itu disedari Siti ketika berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah sebaik tamat waktu bekerja.
Sumber berkata, wanita itu yang pelik dengan bau benda terbakar sebaik keluar dari blok pentadbiran, terkejut apabila melihat tingkat atas bangunan yang menempatkan kelas, makmal komputer dan bilik gerakan sedang terbakar.
“Ketika kejadian blok itu tidak berpenghuni kerana kakitangan pengurusan sudah pulang berikutan tamat waktu pejabat,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, blok pentadbiran yang terbakar itu turut menempatkan bilik guru.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang dan kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik di blok pentadbiran sebelum merebak ke blok bersebelahan.
“Seramai 14 anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal kira-kira 5.50 petang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, kerugian dianggarkan RM150,00- MyM

.......................
Guru Mati DiTembak:
BACHOK: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia. – myMetro




Berdasarkan gambar yang disiarkan dalam berita, guru  ini memandu sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz kompresor.

Kejadian guru dibunuh merupakan sesuatu yang pelik, seandainya ia melibatkan ahli perniagaan ia menjadi perkara biasa. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan