Pengikut

Jumaat, 25 Oktober 2013

Gula Naik Harga 34sen Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok atau dalam bahasa mudahnya gula naik harga sebanya 34sen dari harga sekarang.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu konon-nya bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
Najib berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
Dengan senyuman...diusap manja kepala rakyat sekali kemudian dengan senyuman juga diketuk-ketuk berkali-kali - Begitulah pembentangan bajet 2014 oleh Najib.....hahaha...

1 ulasan:

  1. Dengan penarikan subsidi sebanyak 34 sen maka gula di pasaran naik jadi RM2.84/kg. Ramai yg mempertikaikan rasionalnya. Bahkan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua makin berani dengan dakwaan bahawa kerajaan beli gula di pasaran dengan harga mahal walaupun harga gula agak murah di pasaran dunia. Betul ke dakwaan Tony Pua tu.

    Saya mengajak anda untuk membaca kupasan saya yang bertajuk, "Memahami kontrak niaga hadapan komoditi gula dunia dan kesannya kepada harga gula tempatan". Ia akan merunkaikan masalah isu gula dari sudut ilmiah dan fakta-fakta.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/11/memahami-kontrak-niaga-hadapan-komoditi.html

    BalasPadam