Pengikut

Isnin, 21 Oktober 2013

USTAZ MOHD AZAM SAMAD CALON PAS PRK DUN SG LIMAU

YAN: Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat, 37, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan lebih 1,000 penyokong parti di Markas Induk PAS Sungai Limau di sini, malam ini. 
Azam adalah anak jati Sungai Limau dan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar dan kini menjawat jawatan Pengarah Jabatan PASTI negeri.
Beliau yang juga seorang pendidik akan ditentang calon BN yang juga anak tempatan adalah bekas Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52.
Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan