Pengikut

Rabu, 23 Oktober 2013

Tok Guru kena Booooo..dengan penyokong UMNO dihari Pencalonan PRK N20 Sg Limau

23 Okt - Hari pencalonan pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Sungai Limau di Dewan Dato Madi hari ini Orangni saksikan perangai biadap penyokong UMNO terhadap seorang warga tua.

Kejadian ini berlaku ketika para penyokong PAS berarak mengiringi calon PAS ke dewan pencalonan. Tanpa rasa bersalah seorang lelaki dari penyokong UMNO menjerit memberi salam "Assalamualaikum" dengan sangat kuat.

Pada mulanya terkejut juga Orangni dan beberapa penyokong PAS yang lain_siapa menjerit kuat-kuat beri salam..???

Rupanya sorang penyokong UMNO macam kena sawan vavi sengaja menjerit salam kuat betul-betul di telinga seorang lelaki tua berserban dan bertongkat yang lalu didepan-nya.

"Ha...kenapa jawap perlahan saja...jawap la kuat-kuat..!!!" - Jerit Penyokong UMNO kemudian ditambah dengan sorakan Booo terhadap lelaki tua tersebut.

Lelaki tua tersebut tidak membalas apa-apa terhadap provokasi biadap penyokong UMNO ini_dia hanya teruskan berjalan bersama penyokong PAS yang lain menuju ke dewan pencalonan...

*** Orangni hanya sempat rakam beberapa gambar aksi tersebut...

Tiba di perkarangan dewan yang dimaksudkan setelah Orangni ambil gambar lebih kurang,termasuk gambar-gambar gerombolan Macai UMNO_Orangni pergi kebahagian dibelakang penyokong PAS yang sedang berhimpun_dekat tempat orang berniaga_kebetulan masa itu Leman RL sedang berada diatas pentas bergerak bersama beberapa orang pimpinan untuk memberi ucapan.

Masa itu seorang anak muda dicelah-celah orang ramai minta laluan kerana "Tok Guru" nak lalu katanya. Rupanya orang tua yang di Booo oleh penyokong UMNO tadi ialah seorang Tok Guru di Kedah,mungkin Tok Guru Pondok_Malangnya Orangni tak tahu siapa gerangan Tok Guru tersebut,tapi Orangni amat yakin beliaulah yang di Booo oleh penyokong UMNO berdasarkan tongkat berkepala warna emas yang dipakainya.

Apapun sikap biadap kurang ajar penyokong UMNO memang memalukan,kerana bersikap kurang ajar dengan seorang warga tua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan