Pengikut

Rabu, 23 Oktober 2013

PAS kibar bendera Syiah Dalam Proses Penamaan Calon PRK Sungai Limau..??

Maka riuh rendah-lah macam monyet atas pokok puak UMNO Jahiliyah semalam setelah melihat kibaran bendera berwarna hitam dan putih yang tertera Kalimah Lailah Haillallah dipasang diatas bendera PAS.

Orangni dilokasi semalam pun ada nampak bendera tersebut.Untuk pengetahuan macai UMNO_kalau tak faham atau tak tahu_janganlah main tuduh-tuduh saja_nampak sesangat kebodohannya...hahaha..


Bendera hitam putih tersebut dikenali dengan nama Ar-Rayah. Bendera ini juga dikenali sebagai Panji Ar Rayah  berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.

Tiada pun berunsur fahaman syiah seperti yang digembar gemburkan oleh media altenitif pro UMNO BN semalam.
Bendera hitam yang didakwa bendera Syiah.
YAN - Bendera hitam putih tertera kalimah Lailah Haillallah yang dibawa penyokong Pas pada hari penamaan calon semalam bukan bendera Syiah.

Pengarah PRK Pas bagi Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak berasakan itu adalah sebahagian daripada fahaman Syiah tetapi atas semangat memperjuangkan Islam dalam kalangan penyokong PR, khususnya Pas.

“Pada saya, itu adalah kalimah yang semua orang Islam tahu dan itu bukan menandakan bahawa ada penyokong Syiah dalam Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti, Amiruddin berkata, beliau yakin Pas boleh kekalkan kemenangan.

“Kita tidak boleh terlebih yakin, tapi kita rasa boleh kekalkan kerusi Dun Sungai Limau. Sebab itu tema yang kita gunakan adalah 'Kekal'.

“Kekal bukan sahaja untuk kerusi di Dun Sungai Limau pada Pas tapi kekalkan keharmonian yang berjaya diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak semasa hayatnya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi terutama pengundi Pas tidak akan melihat faktor calon tetapi kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Saya berasakan calon yang kita tampilkan saling tidak tumpah seperti Allahyarham Azizan dari segi latar belakang pendidikan, perwatakannya dan mudah bersama masyarakat selain memang lahir dan dibesarkan di sini,” katanya.
......................
Bukti UMNO BN itu bodoh semalam...
Benarlah bagai dikata.. adalah mudah untuk memperbodohkan penyokong yang sememangnya bodoh.. contohnya adalah gambar di atas.

Antara sepanduk yang dibawa oleh penyokong UMNO/BN semasa penamaan calon bagi PRK Sungai Limau tadi, beberapa sepanduk terpapar dengan ayat 'BN Menang, Rakyat senang'..

Bodohnya mereka ialah mereka masih tidak sedar semenjak dari selepas PRU13 lalu, setelah BN berjaya mengekalkan kuasanya lebih banyak agenda yang menyusahkan rakyat telah dilaksanakan gara-gara kegagalan Najib mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Bermula dengan kenaikkan beberapa barangan asas hinggalah kepada kenaikkan harga petrol kini ekonomi rakyat akan terbeban lagi dengan GST pula..

Menteri Ayam sudah tidak berani memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik..
Menteri perdagangan dalam negeri Datuk Hasan Malek berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa harga barangan keperluan pengguna tidak akan naik mendadak selepas pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).  
“Tiada apa-apa jaminan di dunia ini... Buat masa ini, kita hanya boleh berdoa untuk kesan yang baik,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.  
Katanya spekulasi mengenai pelaksanaan GST itu tidak sepatutnya timbul sebelum Bajet 2014 dibentangkan ~ Malaysiakini

Implikasi GST kepada rakyat...

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua , berkata cadangan pelaksanaan GST perlu ditolak kerana cukai dikurangkan kepada mereka yang layak sebaliknya mengenakan cukai kepada mereka yang memperoleh pendapatan tidak mencukupi untuk membayar cukai. 
“Jika GST dilaksanakan, golongan berpendapatan rendah akan terbeban dua kali ganda dalam pembayaran cukai kerana mereka yang terpaksa menanggung pengurangan cukai pendapatan oleh golongan berpendapatan tinggi. 
“Sebagai contoh, individu yang berpendapatan RM1,000 akan membelanjakan penuh gaji mereka tanpa wang simpanan dan perbelanjaan mereka dikenakan GST sebanyak 5%. 
Tetapi individu berpendapatan RM20,000 sebulan, mereka mungkin membelanjakan RM12,000 sebulan dan selebihnya diperuntukkan untuk simpanan dan pelaburan. 
“Golongan yang berpendapatan tinggi itu dikenakan 5% GST iaitu hanya RM600 daripada RM12,000 yang dibelanjakan tadi. Ini bermakna mereka hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Dengan kaedah ini, kerajaan menidakkan tanggungjawabnya dalam memberikan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mempersoalkan hanya 15% mereka yang bekerja di Malaysia dikenakan cukai kerana menurutnya mengapa 85% lagi tidak membayar cukai sedangkan negara menikmati pembangunan ekonomi yang pesat. 
Pua berkata, mengapa kegagalan urus tadbir kerajaan dalam menguruskan cukai dibebankan kepada rakyat yang memperoleh pendapatan kurang RM2,500 sebulan. 
“Hutang kerajaan kini meningkat kepada RM546 bilion selain liabiliti luar jangka yang mencecah RM150 bilion. Dengan angka tersebut, kerajaan dilihat gagal dalam memastikan dana kerajaan diguna dan dilaburkan dengan sebaiknya,” katanya. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, kerajaan tidak harus mengurangkan subsidi secara drastik dalam pembentangan Bajet 2014 kerana menurutnya mekanisme itu tidak akan berkesan jika kerajaan terus boros dalam berbelanja. 
Beliau berkata, kerajaan seharusnya menambah pendapatan daripada segi cukai dan pelaburan berbanding terus berbelanja secara berlebihan. 
Katanya, kerajaan perlu mengambil iktibar dari kemuflisan Grece di mana sebelumnya negara itu berbelanja seperti prinsip negara kaya dengan memberikan gaji yang tinggi tetapi mereka tidak mampu yang seterusnya memaksa Greece untuk memohon pinjaman. 
Ketika ditanya adakah sekarang masa yang sesuai bagi Malaysia untuk melaksanakan GST, Dr Mahathir berkata, ia tidak bergantung kepada masa asalkan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat. 
Beliau berkata, cukai kepada rakyat juga tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana ia akan menekan rakyat. 
Katanya, cukai yang dinaikkan sedikit demi sedikit tidak akan terlalu membebankan rakyat malah mereka akan terbiasa dengannya ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan