Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

Antara Rosmah,Saharizat dan Adira...siapakah yang berdosa.????

Adira mengakui kesilapannya menyimpan gambar dia memeluk anjing yang boleh mengundang kontroversi.
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” kata Adira(AF8).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan