Pengikut

Rabu, 8 Februari 2012

NFC dakwa jadi mangsa KeADILan

National Feedlot Corporation (NFC), syarikat kontroversi yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan menyalahgunakan pinjaman kerajaan, mengulangi bahawa ia tidak bersalah dan mendakwa ia menjadi mangsa Keadilan.
NONEPengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh (kiri), dalam Twitternya, semalam berkata tidak ada apa yang hendak disembunyikan oleh pihaknya.

Sebaliknya, tegas beliau, syarikatnya jujur untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan, tetapi menegaskan ia mengambil masa.

Sambil menekankan bahawa syarikat itu telus dalam semua operasinya, Izran menuduh Keadilan memutarbelit isu tersebut.

Izran berkata, pihaknya tidak pernah menyembunyikan apa-apa.

Menurutnya lagi,  terdapat liputan media bagi setiap langkah, termasuk apabila perjanjian pinjaman ditandatangani.

Sekali lagi, Izran mendakwa Keadilan telah memutarbelit segala-galanya.

NFC, sebuah syarikat yang dimiliki anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, telah diberikan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan untuk melaksanakan projek Pusat fidlot Kebangsaan.

Izran adalah anak lelaki Shahrizat, manakala suami menteri itu, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail merupakan pengerusi syarikat berkenaan.



---------------------------------------------------------------------------------


Iklan: Filem Seram Sejuk yang bakal ditayangan.....
Penjaga 3 Bukit


Akan Datang.....
Sebuah Filem terbitan dari Kondo yang menelan kos 250juta..!!!! 
Pasti mengerunkan...hahahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan